Baru-baru selebriti legenda Korea BoA ditahan oleh pihak berkuasa, apabila dirinya didakwa terlibat dalam penyeludupan dadah dengan cara tidak sah.
BoA atau nama sebenarnya Kwon Bo-Ah dipanggil ke Pejabat Pendakwaraya Pusat Seoul bagi memberi keterangan mengenai kes penyeludupan dadah berkenaan.
Nafi Tahu Menahu Mengenai Transaksi Tersebut
- Foto – Instagram BoA
Dalam petikan ulasan dari Allkpop, Bintang yang pernah digelar Princess Atlantic ini menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan dirinya tidak tahu menahu mengenai transaksi yang berlaku atas namanya itu.
Guna Cawangan SM Entertainment Di Jepun Seludup Dadah
- Foto – Instagram BoA
Menerusi perkongsian The Korea Herald, dimaklumkan penyeludupan dadah tersebut dilakukan menerusi cawangan syarikat SM Entertainment di Jepun.
Dari Jepun dadah tersebut di bawa ke Korea di bawah nama pekerja syarikat di Korea, sebelum pihak berkuasa menghidu kegiatan penyeludupan dadah yang diambil dengan cara tidak sah ini.
SM Entertainment Mohon Maaf
- Foto – Google
Kes yang penuh kontroversi ini mendapat perhatian ramai apatah lagi bintang Kpop tersebut menafikan dirinya tidak tahu menahu tentang transaksi tersebut dan ramai yang menunggu maklumbalas dari pihak syarikat naungan penyanyi legenda tersebut.
Menerusi dalam petikan Allkpop, SM Entertainment memaklumkan bahawa BoA mengambil ubat tidur yang disarankan oleh doktor bagi mengatasi masalah kekurangan tidur yang menyebabkan hormon pertumbuhan BoA terjejas.
- Foto – Instagram BoA
Syarikat SM Entertainment memaklumkan dadah yang disarankan oleh doktor untuk masalah sukar tidur tidak mencetuskan masalah di Jepun, dan tidak menyangka ianya menjadi masalah apabila dadah tersebut di bawa ke Korea.
Justeru itu, pihak SM Entertainment memaklumkan bahawa mereka belajar dari kesilapan tersebut dan tidak akan mengulangi masalah yang sama.
Kes Masih Dalam Siasatan
Berdasarkan petikan dalam The Korea Herald, kes ini masih dalam siasatan dan pihak berkuasa akan menyiasat sama penyeludupan tersebut berlaku tanpa sengaja atau sebaliknya.