Rejoice! Taco Bell akhirnya mendarat di Malaysia.
Umum mengetahui bahawa rakyat Malaysia sentiasa teruja merasai makanan baru. Lihat sahajalah carian Google 2020, resepi makanan saja yang mereka cari.
Contoh macam teh boba, dalgona, hotpot, biscoff cheesecake, donat, artisan kopi, dan banyak lagi.
Terkini, makanan segera Amerika paling popular, Taco Bell mengumumkan di laman web mereka akan membuka kaunter di Malaysia.
Pilih Lokasi Cyberjaya
Berdasarkan pengumuman di laman web mereka yang baru dilancarkan, Taco Bell akan segera buka kaunter pertama di Cyberjaya.
- Foto – Taco Bell
“After much speculation, the world’s largest Mexican-inspired quick service restaurant reveals its first location in Malaysia: Cyberjaya, Taco Bell is coming to you!”
Tapi bila tarikh pembukaannya? Buat masa ini tarikh dan lokasi yang tepat masih belum dikemas kini (buat masa kini), tetapi anda akan menjadi orang pertama yang mengetahui.
Jual Makanan Mexico Yang Segar, Sedap, Murah
Bagi rakyat Malaysia yang memang gilakan makanan segera, berita ini disambut dengan tangan tangan terbuka dan keterujaan.
Semestinya ramai tidak sabar mahu menikmati menu Taco Bell, memandangkan populariti jenama di Amerika Syarikat. Menu Taco Bell terdiri daripada makanan tradisional Mexico seperti taco, quesadillas, burrito, dan nachos dan beberapa lagi.
- Foto – Taco Bell
Menurut Quora, yang popular tentang Taco Bell kerana rasanya yang enak, dan berkualiti. Ia memenuhi citarasa ramai. Harga sangat murah, cepat dan menyenangkan memang berbaloi. Di samping menawarkan makanan yang berbeza dari makanan segera yang lain.
Memandangkan rakyat Malaysia bersedia untuk merasai kepelbagaian makanan segera dengan harga yang berpatutan, Taco Bell harus berusaha untuk memanfaatkan dan menonjol daripada pesaing seperti McDonald’s, KFC, dan Burger King.
Buka Tahun 1962 Di Amerika Syarikat
Sejak kedai pertamanya dibuka pada tahun 1962, Taco Bell telah berkembang menjadi salah satu rantaian makanan segera paling terkenal di Amerika Syarikat.
Telah malayani lebih dari dua juta orang di di 7,000 atau lebih kedai di seluruh dunia. Populariti menjadikannya setaraf jenama F&B terkenal lain seperti KFC dan Pizza Hut.
- Foto – Inside Franchise Business
Kini di Malaysia, sama-sama kita nantikan tarikh keramat pembukaan Taco Bell. Rasaikan kehangatan makanan Mexico.
Walaupun masih belum ada berita mengenai di mana sebenarnya lokasi di Cyberjaya, Taco Bell Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka telah mula merekrut pekerja.
Berminat, lawati laman web rasmi di sini.