Cuba teka di mana bandar paling sejuk di dunia?
Bayangkan baru keluar rumah dalam beberapa minit dah buat muka kejung kesejukan dan rambut keras seperti ais batu, inilah yang sering dialami oleh penduduk di bandar Yakutsk, Rusia.
Bandar ini sangat terkenal dengan suhu sejuk yang melampau di dunia dan suhu tersebut boleh mencecah bawah -50 darjah selsius, jadi bayangkan betapa sejuk bandar tersebut.
Yakutsk, Ibu Negeri Bagi Republik Sakha, Timur Laut Rusia
- Foto – Trip Advisor
Bagi yang tak tahu Yakutsk merupakan ibu negeri bagi Republik Sakha yang terletak di Timur Laut Rusia, bandar ini merupakan bandar paling terpencil dan agak pendalaman di Rusia. Apatah lagi Rusia mempunyai kawasan lain yang jauh lebih moden, berbanding bandar Yakutsk ini.
Bandar Yakutsk Diselubungi Lautan Salji
- Foto – Wired
Pada bulan Disember ini bandar Yakutsk yang terletak di Rusia kelihatan diselubungi lautan salji putih, hinggakan bangunan, jalanraya dan kendaraan sukar kelihatan.
Gelar Bandar Paling Sejuk Di Dunia
- Foto – The Weather Channel
Bukan itu saja, bandar ini juga digelar sebagai bandar paling sejuk di dunia, kini suhu di bandar tersebut dianggarkan bakal mencecah lebih rendah dari masa ke semasa.
Semua Benda Beku Seperti Ais Batu
- Foto – Smith Sonian
Sudah namanya merupakan bandar paling sejuk di dunia jadi apa saja yang benda seperti bangunan, jambatan, air laut, pakaian, makanan, air minuman hatta tubuh badan sekalipun, akan bertukar sejuk beku seperti ais batu dek kerana kesejukan yang melampau di Yakutsk pada masa ini.
Bandar Sejuk Yang Kaya Dengan Hasil Mineral
- Foto – Arkib Wanista
Meski bandar Yakutsk terkenal dengan kesejukan hingga ke tulang sum sum, ia juga merupakan bandar yang kaya dengan hasil mineral, emas, permata (diamond) dan merupakan pengeluar batu permata asli (diamond) sebanyak 26 peratus di pasaran dunia.
Bagaimanalah agaknya penduduk di bandar Yakutsk, Rusia ini boleh tahan hidup di sana ya. Tengok dalam video Unilad ini pun dah mengigil tubuh dibuatnya!