Mati pucuk merupakan masalah yang mengerikan buat mana-mana lelaki, tiada siapa mahu menghidapi masalah seperti itu.
Hal ini sangat penting buat orang lelaki kerana ia boleh menyebabkan masalah psikologi, dan menjejaskan keyakinan diri tatkala mendapat berita mempunyai masalah mati pucuk ini.
Tapi bagi yang menghadapi masalah seperti ini, mohon jangan cepat putus asa kerana masih ada jalan lain yang boleh kamu cuba seperti mengamalkan diet kesihatan yang betul untuk menangani masalah mati pucuk.
Ini antara amalan diet kesihatan yang boleh ikuti, bukan setakat jaga makan ada aspek lain yang perlu diberi perhatian.
Jaga Berat Badan Yang Sihat
- Foto – Medical Transformation Center
Bagi yang mengalami masalah mati pucuk, penjagaan berat badan yang sihat amat penting kerana ia boleh menjejaskan lagi masalah sedia ada jika tidak dijaga lebih awal.
Oleh itu, pengambilan makanan yang sihat dan seimbang penting bagi menjaga berat badan yang sihat untuk kesejahteraan diri untuk jangka masa panjang.
Amalkan Diet Mediterranean
- Foto – Arkib Wanista
Dalam satu kajian jurnal lama yang bertajuk ‘Is Endothelial Function Impaired In Erectile Dysfunction Patients?’, ada menyentuh bahawa diet mediterranean.
Yang mana diet ini boleh mengurangkan risiko masalah mati pucuk, penyakit kardiovaskular dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan fungsi seksual diri.
- Foto – American Society For Nutrition
Antara jenis makanan terdapat dalam diet mediterranean:
- Sayur-Sayuran – tomato, lada, bawang, terung, zucchini, timun, sayur-sayuran lain.
- Buah-Buahan – tembikai susu, epal, aprikot, pic, oren, lemon dan buah-buahan lain.
- Kekacang – kacang kuda, kacang tanah, kacang lentil, dan pelbagai jenis kekacang lain.
- Badam/Bijirin – almond, walnuts, biji bunga matahari dan gajus.
- Lemak Tidak Tepu – minyak zaitun, minyak bunga matahari, minyak ektra zaitun dan avokado.
- Tenusu – keju dan yogurt.
- Ikan/Makan Laut – pelbagai jenis ikan, tiram dan aneka jenis kerang.
- Daging – daging ayam atau daging ayam turki.
- Telur – telur ayam, itik dan telur puyuh.
- Minuman – banyakkan minum air masak
Banyakkan Berjalan Dan Melakukan Senaman
- Foto – Arkib Wanista
Selain itu, dengan banyakkan berjalan selama 30 minit secara paling minima boleh membantu menurunkan 41 peratus risiko mati pucuk dan senaman secara bersederhana boleh membantu meningkatkan seksual lelaki.
Jaga Kesihatan Saluran Darah
- Foto – Baptist Health
Miliki saluran darah yang baik dan mengalir lancar dalam anggota tubuh termasuk pada bahagian zakar adalah amat penting bagi yang mengalami masalah mati pucuk.
Ini kerana masalah mati pucuk boleh berlaku kerana saluran darah yang penuh dengan lemak kolesterol, tekanan darah tinggi, tinggi kandungan gula dalam darah dan tinggi masalah triglycerides yang boleh menjejaskan arteris jantung hingga membawa kepada masalah mati pucuk pada zakar.
Amal Gaya Hidup Sihat
- Foto – AARP
Selain menjaga pemakanan, berat badan, kesihatan salur darah, amalan gaya hidup yang sihat adalah amat penting jika ingin menangani masalah mati pucuk.
Amalan gaya hidup yang hidap di sini adalah dengan berhenti atau kurangkan minum minuman beralkohol, berhenti merokok, berusaha turunkan berat badan bagi yang mempunyai masalah obesiti dan jaga kebersihan diri.
Rawatan Pakar Jangan Ditinggalkan
- Foto – Healthline
Masalah mati pucuk tidak boleh dibiarkan begitu saja, mendapatkan rawatan dan nasihat dari pakar adalah sesuatu yang wajib jika ingin pulih dari masalah ini.
Kebanyakan lelaki kurang memberi kerjasama atau tidak ingin mendapatkan rawatan kerana ego atau rasa keyakinan diri tercalar, tetapi kamu harus fikirkan kebahagian masa depan diri dan pasangan.
Oleh itu, penting untuk dapatkan rawatan pakar dan dalam masa yang sama menjaga diet kesihatan dengan betul barulah zakar dapat berfungsi seperti sediakala.