Baru-baru ini penata rias BTS dikecam teruk dengan peminat BTS kerana stylish tersebut tidak cukup teliti ketika menyediakan fesyen ahli kumpulan idol popular tersebut.
Dalam gambar muka depan majalah TIME, sekilas pandang fesyen yang digayakan BTS seperti tiada apa tidak kena.
Tetapi apabila di zoom pada gambar muka depan tersebut, ARMY (nama peminat BTS) terus berasa marah terhadap penata rias idol mereka.
Gaya Fesyen Yang Tidak Cukup Teliti Dan Terperinci
Penata rias BTS dianggap tidak cukup teliti dalam menjaga imej dan fesyen ahli BTS, melihat gambar muka depan majalah TIME yang di zoom dan tersebar di media sosial menunjukan Jin memakai sut besar dan labuh tidak mengikut keluasan bahunya.
Jin – Kot Oversized Dan Kasut Seperti Selipar
- Foto – Arkib Wanista via Twitter
Bukan Jin saja yang mempunyai masalah wardrobe, Jimin juga nampaknya seperti memakai kasut yang tidak padan dengan saiz kakinya.
Dalam gambar muka depan majalah TIME, menunjukan kasut yang dipakai Jimin bersaiz besar dan tidak mengikut ukuran kaki Jimin.
Jimin – Kasut Tidak Ikut Saiz
- Foto – Arkib Wanista via Twitter
Manakala seluar yang di pakai Suga pula kelihatan besar dan berkedut teruk di bahagian bawah, ini membuatkan ARMY cukup angin melihat fesyen idol kesayangan mereka seperti tidak terurus langsung untuk visual muka depan majalah popular dunia ini.
Suga – Seluar Besar, Tidak Fit Dan Berkedut Teruk
- Foto – Arkib Wanista via Twitter
V juga kelihatan mempunyai masalah kasut seperti Jimin, kasut yang dipakainya tidak mengikut saiz kaki dan nampak ketara ada ruang dibahagian tumit kasut tersebut.
V – Kasut Besar Dan Tidak Ikut Saiz
- Foto – Arkib Wanista via Twitter
ARMY Kecam Penata Rias
Melihat idol kesayangan mereka mengenakan fesyen yang tidak sesuai dan mengikut ukuran tubuh masing-masing membuatkan ARMY menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di media sosial.
- Foto – Twitter
- Foto – Twitter
Tajam betul mata peminat BTS, hinggakan nampak segala kekurangan yang ada di dalam gambar muka depan majalah TIME ini.