Kalau sebut sahaja perkara berkaitan dengan payudara, semestinya kita tahu ianya adalah organ yang terpenting untuk wanita.
Selain berfungsi sebagai tempat penyusuan untuk anak, ia juga memainkan peranan penting ketika berada di ranjang. Nak tahu sebab apa?
Cuba kamu hampiri si dia dengan cara yang berbeza dan menonjolkan payudara kamu, pasti si dia akan melihat ke arahnya dan tergoda. Sebab itulah payudara menjadi aset terpenting wanita dan ramai yang akan melakukan apa sahaja untuk maintain asetnya.
Jika payudara kamu sering buatkan si dia tergoda, cuba guna cara ini untuk buat si dia lebih ‘tergila-gilakan’ ketika melihatnya.
Memakai Pakaian Yang Nipis Dan Jarang
Jika kamu sering memakai baju kelawar, apa kata kamu cuba tukar kepada pakaian yang lebih nipis dan jarang?
Ia boleh membuatkan si dia terkejut dengan penampilan terbaru kamu yang lebih berani dan menampakkan bentuk badan di sebalik pakaian yang nipis itu.
Pakaian yang nipis dan jarang ini bukan sahaja boleh menggoda si dia, malah ia juga dapat mempamerkan payudara kamu yang tiada bra itu. Situasi itu pasti akan membuatkan mood si dia terus berubah dan inginkan kamu.
Berkemban Di Hadapan Si Dia
Jika selepas mandi kamu berkemban dan terus menyarungkan pakaian kamu, kali ini cuba kamu berkemban menggunakan tuala yang nipis dan pendek di hadapan si dia.
Tonjolkan hampir separuh payudara kamu ketika berkemban kerana ia pasti menggoda si dia apabila melihatnya. Sementara itu kamu boleh cuba berbual dengannya atau memakai skincare sebelum mengenakan pakaian.
Memakai Bra Atau Lingerie Yang Seksi
Setiap lelaki pasti menyukai dan tergoda apabila melihat pasangannya memakai bra atau lingerie yang sangat seksi di hadapannya.
Kamu janganlah pula memakai bra yang sudah terkoyak atau rosak. Jika tiada bra atau lingerie yang baru, minta bajet pada si dia untuk membuatkan kamu sentiasa kelihatan seksi dan menggoda di hadapannya.
Beli dan pakai bra dan lingerie yang dapat menonjolkan payudara kamu yang ‘digilai’ oleh si dia. Pasti malam kamu menjadi lebih romantik dan warm.
Memakai Wangian Di Payudara
Ramai wanita yang sering lupa akan hal ini. Sebelum menggoda, kamu boleh menyembur wangian di sekitar payudara kamu.
Gunakan wangian yang seksi dan nakal untuk membuatkan si dia tergoda apabila tercium baunya selain ia membuatkan payudara kamu berbau wangi dalam tempoh yang lama.
Jika kamu tidak mahu menggunakan wangian, kamu juga boleg gunakan losen atau pelembap yang wangi.
Memeluk Dengan Payudara
Jika kamu tanya pada si dia, pasti si dia menyukai jika kamu memeluknya dengannya menggunakan payudara.
Apabila puting kamu menjadi tegang dan mula menyentuh bahagian badan si dia, ia akan membuatkan si dia menjadi ghairah dan bernafsu.
Kamu boleh memeluknya dari belakang dengan manja dan geselkan payudara pada badannya. Pasti si dia tidak ‘tahan’ akan situasi itu dan ajak kamu untuk bersama.
Tidak susah untuk menggoda si dia, jaga aset kamu untuk maintain cantik dan menggoda. Jika kamu tiada bajet yang lebih, tidak salah untuk meminta pada si dia kerana ia boleh dikira sebagai pelaburan untuk kekal cantik dan menggoda di matanya.
Selamat mencuba!