Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Demi Tip Sebanyak RM4K, YouTuber Sanggup Biar Teman Wanita Mati Kesejukan

by Mas Idayu
December 11, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Seorang YouTuber dari Rusia sanggup biarkan teman wanitanya mati kesejukan di luar rumah, sambil mengenakan pakaian dalam demi tip sebanyak $1,000 atau RM4054 dari pengikut livestreamnya.

Stas Reeflay atau nama sebenarnya Stanislav Reshetnikov berusia 30 tahun melakukan sesuatu di luar norma, kerana sanggup membiarkan teman wanitanya iaitu Valentina atau nama sebenarnya Valva Grigoryeva berusia 28 berdiri di luar rumah kesejukan hingga menyebabkan maut.

Demi Tip RM4K

Foto – Insider

Dalam paparan video livestreaming (YouTube telah padam akaun YouTube Stas) tersebut, Stas Reeflay mendapat permintaan daripada pengikut livestreaming untuk biarkan teman wanitanya berdiri di luar rumah dengan mengenakan pakaian dalam jika mahukan tip sebanyak $1,000 atau RM4054.

Livestreaming tersebut memaparkan Stas, Valentina dan seorang lagi rakan perempuan, melihat permintaan pengikut livestreaming tersebut Stas dan rakan perempuan mereka memaksa Valentina untuk berdiri di luar rumah dalam keadaan sejuk dengan berpakaian dalam.

Tak Rasa Bersalah Dan Menyesal

Foto – Arkib Wanista

Sepanjang livestreaming tersebut berjalan Valentina telah berdiri di luar rumah dalam keadaan cuaca sejuk di sana, dan ketika Stas keluar untuk melihat keadaan teman wanitanya itu dia kembali ke dalam rumah sambil memberitahu kepada pengikutnya yang Valentina tidak bergerak dan nadi tidak berdenyut.

Aksi Stas yang ditunjukkan dalam video tersebut menunjukan YouTuber ini tidak rasa menyesal atau rasa bersalah, kerana sanggup membiarkan teman wanitanya itu mati kesejukan demi tip.

Valentina Sering Di Seksa

Foto – Arkib Wanista

Menurut media antarabangsa, Valentina sering dilihat di seksa oleh Stas dan kawan-kawan mereka dan aksi tersebut dilakukan secara livestreaming.

Dimaklumkan bahawa Valentina sebenarnya sedang hamil dan berada dalam fasa awal kehamilan, tetapi itu tidak menghalang Stas melakukan keganasan terhadapnya hingga nyawa tergadai.

YouTuber Sadis Dan Kejam

Foto – Arkib Wanista

Banyak video-video Stas memaparkan kandungan yang kejam, ganas dan gaya hidup yang kucar-kacir, tema sedemikian merupakan kandungan yang sering dipaparkan oleh Stas di akaun YouTubenya sebelum ini.

Kini ramai yang menyuarakan pandangan mereka kepada YouTube, agar kandungan sebegitu tidak dibenarkan dalam platform YouTube kerana tidak sesuai untuk tontonan umum mahupun kanak-kanak.

Kes Masih Dalam Siasatan

Foto – Arkib Wanista

Berdasarkan liputan antarabangsa kes ini masih dalam siasatan dan menurut pihak polis Moscow, Stas boleh dipenjarakan selama 15 tahun jika didapati bersalah menyebabkan kematian teman wanitanya itu.

Rujukan: 1, 2, 3,

Tags: Kandungan Video YouTube Kejam Dan GanasStas ReeflayValentinayoutubeYouTuber Bunuh Teman WanitaYouTuber Rusia Bunuh Teman Wanita Demi TipYouTuber Rusia Sadis
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @83suka (TikTok)
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Sofie Azizlan
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
Foto - Twitter
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Sofie Azizlan
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Sofie Azizlan
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.