Kamu tidur meniarap? Terlentang? Atau jenis yang kena peluk bantal?
Tahukah posisi tidur seseorang boleh menentukan personaliti individu berikut. Jadi, kalau kamu lihat pasangan yang jenis meniarap, atau mesti nak ada bantal di sisi, tahulah dia orang yang bagaimana.
Bahasa badan anda dapat mengungkapkan banyak perkara mengenai personaliti dan pemikiran anda. Anda jangan terkejut apabila mengetahui bahawa badan anda berkomunikasi walaupun anda sedang tidur.?
“Apabila anda memikirnya, kita semua menghabiskan enam atau lebih jam setiap hari dengan tidur, jadi sudah tentu posisi tidur banyak menunjukkan tentang diri,” kata David Greuner, MD, FACS, FICS of NYC Surgical Associates.
Melengkung seperti bayi
Ramai orang tidur dalam posisi janin kerana ia memberi mereka rasa selamat ketika tidur.
- Foto – Freepik
Individu ini cenderung dikatakan sensitif dan sukar untuk ditafsirkan. Pada pertemuan pertama, mereka agak pemalu tetapi sebenarnya cukup ramah dan senang dibawa bicara.
Tidur seperti log
Tidur seperti log menggambarkan tidur mengiring dengan kedua tangan di sisi anda.
- Foto – Mamaybebe
Sekiranya ini adalah posisi tidur anda, maka anda mungkin seorang yang senang, sosial, dan agak mempercayai orang yang tidak dikenali. Satu lagi hal, anda juga mungkin mudah tertipu.
Mesti peluk bantal
Mereka tidak boleh tidur tanpa memeluk bantal.
- Foto – Mattress
Pakar mengatakan bahawa orang yang suka tidur memeluk bantal menghargai hubungan. Sekiranya anda seorang pemeluk bantal, maka anda menghargai setiap hubungan rapat dan peribadi. Hubungan yang baik adalah keutamaan anda. Anda juga sangat penyayang serta romantik.
Tidur yearner
Kedudukan ini hampir sama dengan log, cumanya mereka tidur di sisi dengan menghulurkan tangan.
- Foto – Pinterest
Sekiranya anda tidur seperti ini, anda adalah jenis orang yang terbuka dan menarik. Ketika membuat keputusan, anda sedikit lambat dan agak ragu-ragu. Anda cenderung mempunyai sifat ‘wishy-washy’.
Tidur meniarap
Anda tidur jenis meniarap, di mana muka menghempap bantal.
- Foto – Blog
Idea posisi tidur tidak baik bagi sesiapa yang mengalami kecederaan leher, masalah punggung, atau yang mempunyai tilam yang sangat lembut. Ini kerana tidur tersebut mendorong sakit belakang.
Orang sebegini tegas dan complicated. Walaupun berani, anda sukar menerima kritikan dan menangani situasi yang tidak dijangka. Pendek kata, anda cenderung bersemangat bebas tetapi sensitif.
Tidur tegak macam askar
Mereka baring dengan lengan di sisi mereka, bagaikan berdiri tegak.
- Foto – Dumb Little Men
Sekiranya anda tidur jenis ini, anda seorang yang pendiam. Sangat reserved, punya pendirian dan menjadi orang yang solidariti. Lebih-lebih lagi, anda memahami standard yang tinggi dan memperhatikan kod moral. Seorang yang genuine dan baik hati.
Tidur gaya seorang pemikir
Tidur dengan meletakkan tangan di dagu seolah-olah tertanya-tanya tentang sesuatu.
- Foto – Constative
Anda mempunyai semangat yang berani dan kadang-kadang mudah terdedah. Anda juga merupakan rakan yang hebat dan gemar memanfaatkan sepenuhnya kehidupan anda.
Tidur gaya bebas
Walaupun kajian mendapati bahawa kebanyakan orang tidak mungkin mengubah posisi tidur mereka, tapi ada yang tidak menyukai satu posisi tidur daripada yang lain.
- Foto – Beauty and Health Magazine
Kita secara semula jadi bergerak 50 hingga 80 kali setiap malam, Sekiranya kita tidak bergerak, kita akan rasa stuck.
Anda free spirit, aktif dan tidak terikat dengan mana-mana perkara. Hidup anda bagaikan Yolo (you only live once).
Tidur tapak sulaiman
Orang yang tidur dalam kedudukan ini kelihatan seperti tapak sulaiman. Mereka tidur dengan meregangkan tangan dan kaki. Biasanya tidur di katil bersaiz besar.
- Foto – Kaodim
Sekiranya anda tidur seperti ini, anda seorang yang setia dan boleh dipercayai. Anda juga seorang yang berorientasikan persahabatan, dan menghargai mereka.
Pada masa yang sama, anda adalah pendengar yang baik dan suka menolong orang dalam menyelesaikan masalah. Anda tidak memerlukan perhatian, tetapi setelah anda menjadi tumpuan, anda akan menikmatinya.
Tidur posisi tangan di bantal
Orang yang tidur dalam posisi tangan mereka di kepala sambil berbaring.
- Foto – Jose Luis Pelaez
Anda adalah rakan yang baik dan utamakan hidup anda dengan mereka. Anda sangat optimis dan happy go lucky. Tetapi kadang-kadang anda boleh jatuh kecundang bila mana harapan terlalu tinggi.
Menarik kita ketahui personaliti orang menerusi posisi tidur.
Kajian menunjukkan bahawa Sleeping Position Personality Analysis dapat mendedahkan sifat semula jadi yang tidak diketahui orang lain. Sekiranya anda melihat posisi tidur seseorang, anda dapat menjangka sifat keperibadian individu tersebut.