Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Vaksin Covid-19, Ini Negara Yang Dah & Bakal Dapat Hujung Disember 2020

by Mas Idayu
December 7, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Penularan pandemik yang menular di seluruh negara nampaknya menemui jalan penyelesaian, apabila berita vaksin Covid-19 telah berjaya dihasilkan oleh para saintis dunia.

Dipetik daripada Nature, vaksin yang telah mendapat kelulusan klinikal daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Food and Drug Administration (FDA) dan beberapa badan organisasi kesihatan lain, dijangkakan menjelang tahun 2021 ini nanti satu pertiga jumlah populasi dunia bakal menerima vaksin.

Foto – Money Control

Manakala negara-negara dari kelas ketiga, atau negara yang berpendapatan rendah akan mendapat vaksin Covid-19 menjelang tahun 2023 dan 2024 nanti.

Meskipun begitu, terdapat beberapa buah negara berpendapatan rendah telah menerima vaksin Covid-19 lebih awal kerana kadar kes jangkitan Covid-19 yang begitu banyak dan kritikal.

Ini antara beberapa buah negara yang telah dan bakal mendapat vaksin Covid-19, pada hujung bulan Disember 2020 ini nanti.

Foto – The Tribune India

Indonesia

Indonesia menerima sebanyak 1.2 juta dos vaksin Covid-19, daripada penghasil vaksin daripada China iaitu syarikat Sinovac Biotech Ltd.

United Kingdom

United Kingdom pula telah membeli vaksin Covid-19 sebanyak 40 juta dos, daripada syarikat Pfizer/BioNTech yang dibuat di Belgium. Vaksin yang telah diterima bakal diberikan kepada rakyat mengikut kategori atau berperingkat di United Kingdom.

Oman

Menteri Kesihatan Omen menyatakan negaranya akan mendapat vaksin Covid-19 daripada syarikat Pfizer pada akhir bulan Disember 2020 ini nanti.

Saudi Arabia

Pakar penyakit berjangkit doktor Nezar Bahabri berkongsi dalam sosial medianya bahawa vaksin daripada syarikat Pfizer/BioNTech akan tiba di Arab Saudi dalam beberapa minggu ini nanti.

Macau

Menurut setiausaha Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Macau Ao Leong U, Macau akan menerima vaksin Covid-19 menjelang hujung bulan Disember 2020 ini nanti.

Foto – BBC

Dengan vaksin ini banyak nyawa dapat diselamatkan dan sekaligus dapat menangani masalah penularan pandemik ini.

Dipetik dari New Straits Times, Malaysia juga bakal mendapat vaksin menjelang suku pertama 2021 nanti, sama-sama kita nantikan vaksin Covid-19 ini pada tahun hadapan.

Rujukan: 1, 2, 3, 4

Tags: Negara Mana Dapat VaksinNegara Pertama Dapat VaksinNegara Yang Dapat Vaksin Covid-19 Awalvaksin covid-19Vaksin Covid-19 Dah Ada
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - IG @fauziahnawi
Info Menarik

Usahawan Dato Sri Mahadi Kongsi Doa Mustajab Kalau Terjaga Antara Jam 3 Ke 4 Pagi

by IamLisa
January 5, 2022
0

"Pernah tak kamu terbangun daripada tidur antara jam 3 ke 4 pagi? Apa yang kamu buat? Elakkan tidur semula tapi...

Baca Lagi
Foto - Astro Awani
Info Menarik

4 Sebab Kenapa Masalah Buli Dalam Asrama Tak Pernah Nak Hilang

by Sofie Azizlan
January 3, 2022
0

Kes buli dalam negara tidak lagi asing apabila setiap tahun pasti ada kes buli yang dilaporkan. Kes-kes ini kebiasaannya melibatkan...

Baca Lagi
Foto - Oh Malaysia Ku (FB) / Twitter
Info Menarik

“Kena Hanyut Pun Tak Rosak”- Tupperware Jenama Kalis Banjir, Netizen Kongsi Isi Dalam Bekas Masih Elok!

by Sofie Azizlan
December 29, 2021
0

Patutlah mak-mak sakan mengamuk dan naik angin bila bekas Tupperware mereka hilang, rupanya ada banyak kelebihannya yang ramai tak tahu....

Baca Lagi
Foto - Mengaji Online
Info Menarik

“Musnah & Hancur Akibat Banjir” – Ini Cara Melupuskan Al-Quran Dengan Betul

by IamLisa
December 23, 2021
0

Musibah banjir menyaksikan banyak barangan rosak, tidak terkecuali kitab suci Al-Quran. Namun Al-Quran tidak boleh sewenangnya dilupuskan begitu. Ia mempunyai cara...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.