Sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian bagi setiap orang, pemakaian mask ketika ingin keluar rumah adalah wajib. Sama ada lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak, mask mesti dipakai untuk menutup mulut dan hidung bagi menghalang penyebaran virus berlaku.
Tetapi adakah kamu tahu, untuk wanita ianya sangat sukar kerana apabila mask ditanggalkan ia kelihatan sangat comot! Pelbagai kesan ditinggalkan pada mask seperti foundation, bedak, blusher dan terutamanya lipstick.
“Di rumah, saya sudah lengkap memakai full makeup dari kening, mata, pipi sehinggalah bibir sebelum memakai mask untuk pergi kerja. Apabila sampai sahaja di pejabat dan buka mask, runsing saya dibuatnya. Banyak sangat kesan yang melekat terutamanya lipstick!”
Untuk kamu para wanita, jangan risau lagi kerana Wanista akan bantu kamu dengan beberapa tips untuk kekalkan lipstick kamu seperti sebelum pemakaian mask. Teruskan membaca!
#1 Tekstur Lipstick
Tekstur lipstick sangat penting kerana ia yang menentukan sama ada lipstick ini akan mengotorkan mask kamu atau tidak. Jadi berhati-hati dalam memilih lipstick kerana teksturnya sangat penting untuk kamu.
Untuk lipstick kamu kekal seperti sebelum pemakaian mask, cuba pertimbangkan untuk memilih tekstur yang tahan lama seperti cecair, matte lipstick, lips stain atau lip tint.
Tekstur lipstick seperti ini akan membuatkan setiap lapisan lipstick yang disapu pada bibir kamu tidak akan smudge dan berkeping seperti bibir kering.
#2 Loose Powder
Bukan sahaja boleh dipakai di keseluruhan wajah, tetapi loose powder ini juga boleh digunakan di permukaan bibir. Macam mana kamu mahu lakukannya?
Tips ini sangat mudah untuk kamu mengelakkan lipstick daripada terkena pada mask. Setelah kamu selesai menyapu lipstick pada bibir, ambil sehelai tisu dan kepitkan di antara bibir untuk membuang lipstick yang berlebihan.
Kemudian menggunakan berus atau span, dab secara perlahan-lahan loose powder pada bibir kamu . Tips ini akan membuatkan tekstur lipstick kamu menjadi matte dan menyelesaikan masalah mask menjadi kotor.
#3 Tisu
Tak lengkap gaya kalau tidak memakai lip oil atau lip gloss. Daripada bibir kelihatan sihat dan mungil, terus boleh rosak disebabkan mask kotor dan kesan-kesan lipstick melekat padanya.
Setelah selesai memakai lip oil atau lip gloss, ambil tisu dan lipat dalam bentuk yang lebih kecil. Kemudian letakkan tisu tersebut di antara bibir dan mask.
Sekiranya lip gloss kamu kotor, ia hanya akan melekat pada tisu. Ini memudahkan kerana kamu hanya perlu menukar tisu sahaja setelah membuka mask.
#4 Lip Primer
Jika wajah perlu menggunakan primer, bibir kamu pun perlu menggunakannya.
Sama sahaja fungsinya, iaitu membantu tekstur lipstick pada bibir dan membantunya kekal sepanjang hari tanpa pudar atau kelihatan kotor.
Sebelum memakai lipstick, sapu lip primer pada bibir untuk membuatkan lipstick kamu tahan lebih lama, tidak smudge dan sentiasa membuatkan bibir kelihatan lembap.
#5 Teknik
Terdapat pelbagai teknik untuk mengekalkan lipstick dalam tempoh jangka masa yang lama dan mengurangkan daripada smudge pada mask.
Selain lip primer, kamu boleh gunakan lip balm untuk memberikan kelembapan pada bibir. Kemudian, sapu secara rata di seluruh permukaan bibir untuk membuatkan penyapuan lipstick berada dalam tempatnya.
Untuk lipstick pula, dengan menggunakan jari kamu, sapukan sedikit lipstick padanya. Sapu atau dab secara perlahan-lahan di seluruh permukaan bibir. Teknik ini membuatkan lipstick masuk secara terus dalam bibir untuk mengekalkan warnanya.
Walaupun kamu stress melihat mask menjadi kotor selepas membukanya, jangan risau. Ikut tips ini dan selamatkan hari kamu.