Kehidupan yang aman dan tenang tiba-tiba terganggu, dengan mesej dan panggilan telefon si bekas kekasih. Tanyalah mana-mana wanita yang dah berpisah dengan bekas kekasih, pasti tidak suka kehidupan mereka diganggu dengan kehadiran insan yang tidak diundang ini.
Apatah lagi kalau insan tersebut penyebab memori luka kembali terbuka, jadi mengapa tiba-tiba si dia cuba menghubungi diri kamu adakah ingin berbaik semula atau ada motif lain.
Ini antara beberapa sebab mengapa tiba-tiba bekas kekasih kembali menghubungi kamu.
Rasa Sunyi
- Foto – New Atlas
Si dia tiba-tiba menghubungi dan kerap menghantar mesej secara kepada kamu, mungkin kerana dirinya berasa sunyi.
Ya lah, jika sebelum ini kamu berdua sering menghabiskan masa bersama tetapi setelah berpisah suasana baru membuatkan si dia berasa sunyi lalu cuba menghubungi kamu.
Cuba Dapatkan Kamu Kembali Sebab Masing-Masing Kekal Solo
- Foto – Google
Melihat walaupun kamu dan dia telah lama berpisah dan tiada pengganti baru, si dia berubah fikiran untuk mendapatkan kamu semula.
Mungkin dirinya berpendapat oleh kerana kamu masih solo, si dia boleh cuba untuk mendapatkan kamu kembali. Jangan pelik ya, sebab memang ada lelaki yang berfikiran sebegini!
Sengaja Tayang Dirinya Dah Ada Pengganti Baru
- Foto – Love Panky
Percayalah lelaki jenis ini memang ada, bekas kekasih sengaja menghubungi kamu untuk memberitahu dirinya telah mendapat pengganti kamu yang jauh lebih baik dari kamu sendiri.
Sikap ingin show-off yang meninggi dalam diri, membuatkan bekas kekasih ingin tayangkan buah hati barunya untuk membuatkan kamu cemburu.
Ingin Jadikan Kamu Sebagai Backup Plan
- Foto – Best Life
Bekas kekasih mempunyai buah hati yang baru, tetapi dalam masa yang sama si dia ingin cuba memperbaiki hubungan kamu berdua untuk jadi kawan baik.
Ini adalah cara si dia jadikan kamu sebagai backup plan, misal kata akan datang hubungan dia dan kekasih baru tidak berjalan lancar, si dia ingin ambil kamu semula untuk menjadi kekasih semula.
Merasa Bosan
- Foto – Love Panky
Bekas kekasih yang tiba-tiba menghubungi kamu tanpa sebab munasabah, menunjukan si dia hanya menggunakan kamu untuk menghilangkan kebosanan dirinya saja.
Bergaduh Dengan Buah Hati, Ingin Cuba Mengadu Kepada Kamu
- Foto – Times Of India
Wanita mana tak sakit hati jika bekas kekasih tiba-tiba hubungi dan mesej kamu, hanya kerana ingin mengadu kepada kamu yang si dia bertengkar dengan kekasih barunya.
Mungkin kamu berdua berpisah secara baik, membuatkan si dia ambil kesempatan untuk mengadu dan membuka cerita mengenai hubungan barunya itu.
- Foto – Anne Cohen Writes
Sebagai wanita kamu harus bijak dan tidak tenggelam dalam lautan emosi, jika si dia cuba menghubungi kamu kerana sebab-sebab seperti di atas maka eloklah kamu tidak layan panggilan dan mesej bekas kekasih.
Lebih baik kamu beri masa berharga kepada insan yang betul-betul ingin mendekati diri kamu, dan bukannya habiskan masa kamu dengan membalas mesej dan menjawab panggilan bekas kekasih yang langsung tidak memberi apa-apa makna.