Bersempena dengan ulang tahun ke-10 di Malaysia, UNIQLO iaitu sebuah jenama peruncit fesyen yang popular di Jepun mahupun di seluruh Asia bakal membuka sebuah megastore pertama bermula Disember ini.
Terletak di Damansara Avenue, iaitu sebuah kawasan tumpuan masyarakat, megastore ini dapat memberikan pengalaman membeli belah yang lebih peribadi dan lebih mudah kepada para pelanggannya.
UNIQLO yang telah merancang dengan teliti tentang megastore yang bakal dibukanya ini dapat memberikan kemudahan dan ruangan untuk mengakses dengan cukup kepada semua orang.
Kini, pelanggan yang mempunyai keluarga, orang tua atau orang kurang upaya dapat menikmati keselesaan di megastore ini apabila pihak UNIQLO menyediakan tempat letak kenderaan yang khas untuk para pelanggan.
Beroperasi pada 18 Disember, jam 10 pagi, megastore UNIQLO ini bersedia untuk meraikan pelanggannya dengan menyediakan beg khas yang mengadungi pemegang kad denim kitar semula sebanyak 1500 beg untuk 500 pelanggan pertama bagi setiap 18-20 Disember.
Bagi pelanggan yang membeli belah dengan pembelian melebihi RM200 bakal menerima tote bag khas Fall-Winter daripada UNIQLO.
Sebagai hub masyarakat setempat, megastore UNIQLO ini akan membawa rangkaian pakaian LifeWear sepenuhnya untuk kanak-kanak, lelaki dan wanita. Dalam pada masa yang sama, UNIQLO juga akan menampilkan item kegemaran ramai seperti:
- Tempat Tidur AIRism
- UTme! – Perkhidmatan mencetak t-shirt dan pelekat khas untuk pelanggan yang mempunyai reka bentuk UT sendiri.
UNIQLO DA Square yang bakal beroperasi pada 18 Disember ini akan dibuka pada jam 10 pagi sehingga 10 malam. Bagi kemudahan para pelanggan, pihak UNIQLO telah menyediakan tempat untuk meletak kenderaan di luar bangunan kedai termasuklah untuk pelanggan kurang upaya.
Untuk maklumat lanjut tentang pembukaan UNIQLO DA Square, anda boleh layari laman web rasmi UNIQLO, Facebook dan Instagram.
Alamat: Dataran UNIQLO DA, AG-1, Lot 2005, Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara PJU 9, 52200 Kuala Lumpur [PETA]