Dalam era digital sekarang, kita bukannya melihat telefon pintar itu sebagai satu keperluan tetapi sebagai ‘seorang teman’.
Dari remaja sehinggalah dewasa, setiap daripada mereka mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu telefon bimbit. Dan tidak mengejutkan kalau ada ibu bapa yang memberikan telefon pintar kepada anak-anak yang masih kecil.
Walaupun telefon pintar memudahkan kehidupan seharian, tetapi penggunaan yang berlebihan ini boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan badan dan paling penting penampilan seseorang.
Ini kerana ia sering dikaitkan dengan stress. Dari bangun tidur atau mahu tidur sehinggalah waktu makan, telefon pintar mesti berada di tangan. Selain stress, telefon pintar ini juga memberi kesan pada kulit anda iaitu menjadi semakin tua!
Apa Itu Blue Light?
Blue light tidak seperti cahaya matahari, ia tidak membuatkan seseorang itu menghadapi barah kulit. Tetapi blue light ini meningkatkan pengeluaran pigment pada kulit yang terdedah.
Pendedahan terlampau terhadap telefon pintar atau mana-mana alat elektronik, boleh membawa kepada peningkatan gangguan pigment seperti hyperpigmentation.
Selain hyperpigmentation, blue light juga boleh menyebabkan bintik gelap, garis halus, keradangan, kulit nipis dan kedutan.
Elak Posisi Tech Neck
Untuk lihat tanda penuaan yang pertama, kamu boleh lihat kulit di leher dan di bawah dagu. Berada dalam posisi ini akan membuatkan kulit seseorang itu menjadi berkerut dan berlipat secara semula jadi sehingga menjadi kendur.
Untuk mengelakkannya, kamu perlu menggunakan telefon pintar dalam keadaan leher berada dalam kedudukan neutral yang selari dengan lantai.
Elakkan Pendedahan Panas Secara Langsung
Apabila bercakap menggunakan telefon pintar dalam tempoh yang lama, kulit kamu yang terdedah panas akan membuatkan pengeluaran melanin semakin meningkat.
Dalam pada masa yang sama, kulit kamu akan menghasilkan bintik-bintik dan warna kulit yang tidak sekata. Sebagai penyelesaian, gunakan headphones untuk elakkan kulit kamu daripada tersentuh dengan panas di telefon pintar.
Mata Menjadi Letih Dan Timbul Squint Lines
Ketika mata menjadi silau akibat cahaya telefon pintar, atau menggunakannya di bawah cahaya matahari, mata kamu akan mula mengerut untuk cuba fokus untuk lihat pada telefon pintar.
Apabila mata mula mengerut, kamu akan dapat lihat dengan jelas garis-garis dan kerutan kulit di sekitar mata. Untuk elakkannya, kamu digalakkan untuk berehat seketika daripada menggunakan telefon bimbit.
Menyebabkan Jerawat
Jika kamu tidak tahu, jerawat juga boleh terjadi disebabkan oleh telefon pintar. Telefon pintar adalah tempat pengumpulan bakteria yang terbesar.
Jerawat ini terjadi apabila kamu meletakkan telefon pada kulit untuk membuat panggilan. Dari sinilah bakteria tersebut akan berpindah ke kulit dan tersumbat dalam liang pori.
Bukan hanya memindahkan bakteria, telefon pintar juga membuatkan minyak pada muka kamu terperangkap dalam kulit. Jadi, sebelum menggunakan telefon bimbit, kamu perlu lap skrin dengan menggunakan tisu alkohol setiap hari.
Menyebabkan Bintik Hitam Timbul
Telefon pintar yang memancarkan blue light, ia bergerak dalam gelombang yang sama seperti sinaran UV. Jadi tidak mustahil untuk kamu mendapat kesan yang sama seperti sinaran UV.
Pembentukan bintik hitam boleh terjadi akibat cahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit yang berlebihan. Disebabkan oleh itu kamu perlu menggunakan sunscreen sepanjang hari, kerana ia boleh melindungi kulit daripada blue light, sama seperti sinaran UV.
Untuk elakkan daripada kulit menjadi tua sebelum usianya, elakkan penggunaan telefon bimbit secara berlebihan kerana ia boleh memberikan kesan kepada pengeluaran melatonin dan mempengaruhi hormon yang mengganggu kitaran tidur.