Drama Korea terhangat di pasaran sekarang adalah “Start-Up” lakonan Bae Suzy, Nam Joo Hyuk, Kim Seon Ho dan ramai lagi.
“Start-Up” menampilkan Suzy dan Nam Joo Hyuk menunjukkan bakat masing-masing dengan cuba membangunkan syarikat sendiri step by step, sehingga menjadi usahawan yang berjaya dalam dunia perniagaan dan kehidupan peribadi.
Suzy membawa watak Seo Dal Mi yang bercita-cita ingin menjadi Steve Jobs versi Korea dan manakala Nam Joo Hyuk pula membawa watak sebagai Nam Do San yang merupakan usahawan muda dan pengasas kepada Samsan Tech.
- Foto – Soompi
Macam menarik bukan plot ceritanya? Boleh streaming di Netflix sekarang!
Bibir Suzy Jadi Kegilaan Netizen
Bukan itu yang penulis ingin ceritakan tapi styling Suzy yang semakin hari semakin mendapat tempat di kalangan penonton. Apa tidaknya wardrobe yang dikenakan bukan biasa-biasa, ada yang mencecah ribuan ringgit dari jenama handal dunia.
- Foto – Netflix
Baru-baru ini ramai betul nak tahu produk mekap yang dipakai Suzy, lagi-lagi untuk bibirnya yang sentiasa terlihat merah. Warna merah memikat itu mampu merubah penampilan Dal Mi daripada yang biasa kepada lebih berkeyakinan dan sofistikated.
Ada juga babak di mana Dal Mi mengeluarkan lipstick dan oles ke bibir tapi tak berapa jelas jenama yang digunakan. Tapi jangan perkecilkan peminat k-drama yang bagaikan detektif kerana mereka mampu selidik.
Lancôme L’Absolu Rouge Intimatte
Penasaran melihat bibir merah Suzy? Ternyata Suzy mengenakan gincu L’Absolu Rouge Intimatte dari Lancôme. Bila dilihat gincu ini tidak merah sepenuh tapi ada sedikit warna oren. Gincu matte ini dibuat untuk memberi kesan kabur velvety mengikut trend. Sesuai sangat dengan trend mekap di Korea.
- Foto – Sephora
Tersedia dalam 16 pilihan warna, Lancôme L’Absolu Rouge Intimatte memberi godaan dan kesempurnaan pada si pemakai.
Harap maklum bahawa untuk beberapa warna gincu Intimatte mungkin sedikit berbeza daripada warna bibir. Klik sini jika nak beli.
Selamat Beramal!