Di kala badan panas akibat perubahan cuaca, secawan teh halia panas adalah penawarnya. Dengan kandungan vitamin C, magnesium dan mineral lain yang tinggi, halia sangat bermanfaat untuk kesihatan.
Tahukah penyelidikan moden mengesahkan bahawa halia membantu mengurangkan loya dan muntah daripada pelbagai punca, seperti morning sickness, chemotherapy, dan mabuk.
Bahkan ada kajian menunjukkan halia merupakan ubat yang diiktiraf. Semakin banyak pakar mengesyorkan mengambil halia setiap hari, terutama dalam bentuk teh panas kerana manfaatnya untuk kesihatan.
Boleh melindungi daripada penyakit jantung
Halia terkenal di kalangan penyelidik kerana kemampuannya mencegah penyakit jantung. Beberapa manfaat jantung termasuk penurunan kolesterol jahat, peningkatan kolesterol baik, dan penurunan tekanan darah seseorang.
Bantu kawal berat badan
Merasakan keinginan untuk makan setiap 5 saat boleh menjadi salah satu sebab mengapa anda tidak dapat mengawal berat badan. Solusi dengan minum teh halia dapat membantu anda mengawal pemakanan.
- Foto – The List
Kajian mendapati bahawa akar pedas ini dapat menurunkan rasa lapar dan juga pengambilanan makanan, dan ini mampu membuat anda merasa kenyang.
Membantu mengawal gula darah
Individu yang mempunyai gula darah tinggi, halia sedia membantu mengawal gula. Penyelidikan mendapati bahawa halia mampu mengurangkan komplikasi diabetes dengan pengambilan halia setiap hari selama 12 minggu.
Tapi, sebaiknya rujuk pakar untuk keterangan lanjut.
Boleh melegakan sakit lutut
Sekiranya anda makan atau minum halia selama enam bulan, ia boleh menyebabkan kesakitan yang lebih sedikit bagi mereka yang mengalami artritis lutut.
- Foto – Recipe
Meningkatkan sistem imun
Jika anda seorang yang mempunyai sistem imun lemah, pertimbangkan halia. Dalam 21 hari anda dapat mengalami peningkatan dalam sistem kekebalan tubuh anda, yang dapat mengakibatkan penurunan infeksi dan penyakit.
Boleh mencegah kanser
Terdapat bukti bahawa halia mempunyai kekuatan untuk mencegah beberapa jenis kanser, seperti gastrik, pankreas, hati, dan kolorektal.
Melegakan tekanan
Teh halia mempunyai sifat menenangkan yang dapat membantu mengurangkan tekanan dan gangguan jiwa. Ini disebabkan oleh gabungan aroma dan sifat penyembuhan yang kuat.
- Foto – Verywell
Jadi cuba amalkan teh halia panas, Inshaallah kesihatan kamu terkawal.
Selamat Beramal!