Lakukan hubungan seks semasa hamil, adakah ianya selamat?
Biasanya persoalan ini sering ditanya oleh mana-mana pasangan yang bakal mendapat cahaya mata buat pertama kali.
Masing-masing ingin mengetahui sama ada selamat atau tidak, jika pasangan suami isteri melakukan hubungan intim semasa hamil.
Ini antara persoalan yang sering membelenggu pasangan dan jawapan daripada pakar.
Adakah selamat melakukan hubungan seks ketika hamil?
- Foto – Medical News Today
Jawapannya boleh, pasangan boleh melakukan hubungan seks selepas 12 ke 14 minggu kehamilan kerana pada ketika itu kandungan berada pada tahap stabil dan si isteri juga tidak lagi menghidapi sebarang alahan atau morning sickness.
Apa manfaat melakukan hubungan seks semasa hamil kepada wanita?
Semasa fasa kehamilan, wanita akan jadi lebih sensitif dan dengan melakukan hubungan seks semasa hamil dapat menenangkan hormon mereka, melancarkan perjalanan darah kardiovaskular dan manfaat ini juga akan dialami oleh bayi dalam kandungan.
Adakah wanita lebih mudah mencapai organisma?
- Foto – Parents
Jika sebelum mengandung wanita berasa susah atau lambat mencapai organisma ketika melakukan hubungan seks, lain pula cerita ketika berada di fasa kehamilan.
Wanita yang melakukan hubungan seks semasa hamil, akan berasa mudah untuk mencapai organisma kerana perubahan hormon dan juga perjalanan darah semasa hamil yang mana membuatkan tubuh wanita jadi lebih sensitif
Adakah wanita akan berasa sakit ketika melakukan seks?
Kebiasaannya wanita tidak akan berasa sakit apabila zakar memasuki bahagian intim wanita, tetapi ia bergantung pada keadaan wanita pada ketika itu dan posisi semasa melakukan hubungan seks.
Adakah melakukan hubungan boleh menyebabkan keguguran?
- Foto – Freepik
Jangan risau kerana melakukan hubungan seks tidak menyebabkan berlakunya keguguran, sebaliknya ia boleh membantu memudahkan urusan untuk bersalin.
Tapi jika hubungan seks tersebut dilakukan dengan beberapa orang sekaligus semasa kehamilan hingga menyebabkan pelviks dijangkiti kuman dan keradangan, ia boleh menyebabkan kandungan itu gugur dan wanita tersebut mengalami komplikasi kesihatan yang serius.
Adakah ianya normal jika payudara dan klitoris berasa sakit ketika melakukan seks semasa hamil?
Jawapannya boleh, ada sesetengah wanita akan mengalami perubahan seperti payudara, puting dan klitoris yang sensitif hingga menyebabkan rasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
Jika ini berlaku, lebih baik berbicara secara terbuka bersama pasangan dan guna cara lain untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan.
Apakah posisi yang sesuai untuk melakukan hubungan seks ketika hamil?
- Foto – Sporteluxe
Bagi pasangan yang ingin melakukan hubungan seks semasa hamil, berikut terdapat beberapa posisi yang boleh kamu cuba bersama pasangan.
- Posisi spooning
- Posisi bersemuka
- Posisi missionary
- Posisi cowgirl
Tidak kira apa jua posisi yang kamu hendak lakukan, pastikan kamu dan pasangan berhati-hati dan menjaga kebersihan ketika melakukannya supaya tiada kuman atau jangkitan berlaku pada pelviks dan kandungan.
Jika tidak yakin, dapatkan nasihat dari doktor yang merawat bagi penerangan yang lebih jelas.