Apabila melibatkan hubungan jarak jauh sememangnya ia tidak mudah dan tak semestinya hubungan jenis ini tidak akan berjaya dan berakhir di tengah jalan.
Jika kamu dan pasangan mempunyai komunikasi yang baik dan faham antara satu sama lain, jarak tidak akan menjadi masalah di antara kamu berdua.
Selain melihat beberapa pasangan memutuskan hubungan mereka disebabkan jarak, kamu dan pasangan perlu tahu, banyak kerja yang diperlukan untuk mengekalkan hubungan anda untuk mengelakkan keretakan disebabkan perkara kecil.
Kekal Berhubung
Penting! Setiap pasangan yang mempunyai hubungan jarak jauh sangat memerlukan komunikasi untuk kekal berhubung. Walaupun sekejap dalam masa sehari tetapi ia sangat penting bagi kamu dan si dia.
Tetap berhubungan walaupun dalam jarak jauh memberi kesan dalam hubungan sama ada terhadap lelaki atau perempuan. Kamu boleh cuba untuk berhubung melalui panggilan video sama ada Skype, FaceTime, Zoom atau apa-apa sahaja platform yang sesuai.
Kalau boleh, cuba untuk kirimkan ucapan ‘selamat pagi’ dan ‘selamat malam’ setiap hari kerana ia akan membuatkan si dia memikirkan kamu pada setiap masa.
Hubungan & Masa Depan
Secara berkala, cuba kamu dan si dia bercakap tentang keistimewaan masing-masing dan apakah rancangan masa depan kamu dalam hubungan ini. Perbincangan ini akan membuatkan kamu dan si dia berada di halaman yang sama.
Selain itu juga, kamu boleh mengetahui sejauh mana perhubungan kamu dan adakah si dia serius dalam membuat keputusan dan apakah hala tuju si dia dalam hubungan ini.
Secara positif, jika si dia mempunyai perancangan untuk serius bersama kamu, hubungan ini akan berjaya kerana si dia akan sentiasa memberikan effort untuk hubungan ini kekal.
Jika tidak, kamu boleh meminta untuk putus dan tidak membiarkan diri hanyut dalam hubungan yang tiada hala tuju.
Kongsi Dan Hormat Jadual Pasangan
Untuk tidak melanggar batas sebagai seorang pasangan dan sentiasa rasa insecure, kamu dan si dia boleh berkongsi jadual rutin harian dan set waktu yang sesuai untuk kamu berhubungan tanpa gangguan.
Apabila berkongsi jadual, ini akan membuatkan si dia dan kamu tidak mengganggu ketika waktu-waktu seperti semasa bekerja, makan bersama keluarga atau keluar dengan rakan-rakan.
Si dia dan kamu pun tidak akan fikir bukan-bukan jika salah seorang daripada kamu tidak membalas panggilan atau mesej.
Dating Walaupun Jauh
Tidak boleh dating sebab jauh? Jangan risau, kamu boleh dating walaupun jarak jauh. Kamu dan si dia boleh merancang untuk dating seperti kamu lakukan sebelum berhubungan jarak jauh.
Jika sebelum ini kamu sering menonton wayang, mungkin ketika jarak jauh ini kamu boleh menonton filem ketika kedua-dua kamu sedang melakukan panggilan video. Seperti contoh, FaceTime ketika menonton Netflix membuatkan kamu seolah-olah pergi menonton di panggung wayang.
Melakukan perkara yang seronok seperti ini akan membuatkan kamu berdua lebih rapat dan menghargai masa bersama.
Abaikan Orang Lain
Kamu dan si dia perlu take note! Jangan sesekali menghiraukan apa yang dikatakan oleh orang lain tentang hubungan kamu.
Jika kamu mendengar dan ambil kisah tentang apa yang dikatakan oleh mereka, secara tidak langsung kepercayaan atau perasaan kamu boleh tergugat dan boleh menghancurkan hubungan.
Percaya kepada si dia dan hubungan serta jangan sesekali membandingkan hubungan orang lain dengan hubungan kamu kerana ia tidak akan membuatkan hubungan kamu berjaya.
Selalu Ada Walaupun Bukan Secara Fizikal
Walaupun susah untuk selalu ada secara fizikal, kamu atau si dia boleh sentiasa ada ketika salah seorang daripada kamu memerlukan kehadiran masing-masing.
Cuba untuk sentiasa ada antara satu sama lain bagi memberikan sokongan dan situasi ini akan membuatkan kamu dan si dia makin erat dan percaya antara satu sama lain.
Jika kamu tidak boleh berada untuk si dia, berikan alasan yang munasabah untuk membuatkan si dia tidak merasakan kamu sebenarnya tidak menghiraukannya.
Memang kebanyakkan hubungan jarak jauh ini sering kali tidak berjaya, tetapi jika hubungan kamu adalah salah satu hubungan jarak jauh, cuba yang sebaik mungkin dan berikan effort antara satu sama lain bagi kekalkan hubungan ini.
Selamat beramal!