Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Paling Bahaya, Ramai Tak Tahu Fesyen Ini Boleh Membunuh

by Soph.Azz
November 18, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

87
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Beauty knows no pain.”

Mesti pernah dengar kan pepatah ni? Betul lah untuk kelihatan lebih cantik daripada orang lain pasti memerlukan sedikit ‘penderitaan’ supaya hasilnya lebih menakjubkan.

Di dalam fesyen, berbanding dengan zaman sekarang kita sering mendengar sesiapa yang memakai seluar jeans ketat terutamanya lelaki akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Dan bagi perempuan pula, memakai kasut tumit tinggi boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

Sama juga seperti dahulu, jika kamu melihat wanita atau lelaki sangat cantik dan kacak, pasti ada cerita di sebaliknya. Ini kerana trend berfesyen pada zaman dahulu, dalam diam boleh membunuh seseorang individu itu.

Jadi, bagaimana trend tersebut boleh meragut nyawa kebanyakkan orang?

Wafer Arsenic 

Menjadi salah satu racun pada zaman dahulu, wanita pada zaman dahulu akan memakan wafer arsenic ini untuk mendapatkan kulit wajah yang pucat. Walaupun wafer ini tidak diiklankan sebagai salah satu racun, tetapi kandungan oxymoron digunakan secara jelas.

Foto – Arkib Wanista

Dengan hanya beberapa kali makan sahaja, seorang wanita boleh menghilangkan kulit mereka daripada cela-cela dan tekstur kulit kasar. Dalam pada masa yang sama, kulit mereka akan menjadi putih seperti mayat.

Pengikat Kaki 

Sangat popular di China, ianya dipanggil sebagai ‘Kaki Bunga Teratai’. Dikatakan menawan, wanita ini berdiri atas sokongan otot paha dan punggung sahaja bagi menghasilkan lengkungan kaki ini dipaksa untuk dimuatkan dalam kasut bersaiz 4 inci.

Foto – Arkib Wanista

Untuk gadis yang berumur 4-9 tahun, kaki akan dibalut dengan bandages selama 2 tahun bagi membentuk dan dapatkan ukuran yang diingini. Dalam pada masa yang sama, aliran darah tidak dapat ke jari kaki yang menyebabkan penyakit gangrene dan mendatangkan maut.

Stokin Aniline 

Mendominasi trend fesyen pada zaman 1860-an, stokin aniline yang telah dye menyebabkan kematian secara besar-besaran.

Foto – Arkib Wanista

Stokin tersebut yang mengandungi bahan kimia telah melekat pada kulit yang menyebabkan ramai orang menghadapi keradangan, keracunan darah dan barah. Walaupun nampak cantik, tetapi ia sangat membahayakan nyawa.

Crinoline

Berbeza dengan sekarang, wanita memakai skirt atau gaun tak akan kembang seperti zaman dahulu. Kain dalam yang diperbuat daripada krinolin yang keras dan berstruktur itu memberikan ilusi pinggang kepada si pemakai.

Foto – Arkib Wanista

Diperbuat daripada bahan yang mudah terbakar, rata-rata akan ada kematian sebanyak 3-5 orang seminggu. Tidak takut akan kematian, rata-rata wanita tidak mahu melepaskan peluang untuk mengejar trend pada ketika itu.

Needle Eyelash Extension 

Tak dinafikan dari dahulu sehingga sekarang, trend menyambung bulu mata tidak pernah lapuk. Sebelum menjadi moden seperti sekarang, wanita zaman dahulu menyambung bulu mata mereka dalam keadaan yang sangat berbahaya.

IKLAN

Foto – Allure

Mereka akan menjahit jarum di tepi kelopak mata untuk menampakkan bulu mata yang lentik. Jika sekarang kita hanyalah melekat dan membuang sahaja bulu mata, tetapi wanita zaman dahulu hanya menjahit jarum-jarum tersebut untuk kelihatan cantik.

Korset 

Pada zaman Victoria, para wanita tidak boleh bernafas terlalu banyak bagi memastikan pinggang mereka dicerut bagi menampakkan bahagian dada yang luas.

Foto – Arkib Wanista

Tiada beza pada zaman dahulu dan sekarang, penggunaan korset ini semakin meluas. Dalam diam, korset ini membuatkan ramai wanita mengalami sesak nafas sehingga patah tulang rusuk, masalah pencernaan, sembelit dan histeria.

Belladonna Eye Drops

Kalau sebut produk berasaskan organik, kita tahu produk itu tidak akan mendatangkan bahaya. Berbeza dengan dahulu, wanita Itali akan menggunakan ubat titik Belladonna bagi membuatkan anak mata mereka kelihatan bersinar dan besar.

Foto – Arkib Wanista

Walaupun Belladonna ini hanyalah tumbuhan tetapi ia sangat beracun. Sangat berbahaya jika dititik dalam mata kerana ia boleh membuatkan seseorang itu buta, kadar degupan jantung meningkat dan penglihatan menjadi kabur.

Kolar Tinggi 

Menjadi popular dalam kalangan lelaki pada zaman dahulu, kolar yang tinggi dan ketat ini boleh membunuh kerana ia menghalang aliran darah untuk sampai ke otak dan menyebabkan asphyxia.

Foto – Arkib Wanista

Terma yang sangat popular pada zaman itu adalah ‘Dont Drink And Wear‘ iaitu bagi lelaki yang ingin meminum alkohol, mereka tidak disarankan memakai kolar itu kerana tepi kolar yang cukup tajam itu boleh memenggal mereka ketika mabuk.

Diet Cacing Pita 

Obses untuk menjadi kurus dan mengekalkan bentuk badan membuatkan ramai wanita pada zaman dahulu mengambil pil cacing pita ini.

Foto – Arkib Wanista

Pil yang mengandungi telur cacing pita ini akan dimakan oleh wanita dan membiarkan cacing pita ini menetas di dalam usus mereka sehingga ia memakan semua makanan. Diet ini bukan sahaja merosot tetapi menyebabkan beberapa komplikasi berlaku dalam wanita.

Top Hat 

Pada awal abad ke-18 sehingga abad ke-19, top hat ini sangat popular dalam kalangan lelaki. Menjadi fesyen yang terkini pada abad itu, top hat ini juga mendatangkan bahaya kepada si pembuat.

Foto – Arkib Wanista

Penghasilannya yang menggunakan merkuri memberikan kesan kepada sistem saraf pekerja yang membuat top hat ini. Kesannya, ramai pekerja pada ketika itu menjadi agresif, anti-sosial dan bertindak untuk membunuh pekerja yang lain.

Memang lah semua orang nak nampak cantik dan ikut trend, tetapi biarlah berfesyen itu mengikut kesesuaian dan tidak membahayakan kesihatan. Nampak cantik tapi menyakitkan, sangat gerun!

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: fesyenfesyen bunuhfesyen membunuhfesyen zaman dahulu membunuhgaya dan trend zaman dahulutrend fesyentrend fesyen membunuh
Share35SendShare

Artikel Berkaitan

Beg Tangan Ilham Dari 7 Nama Ikon Dunia, Ada Yang Dah Jadi Milik Kamu?
Fesyen

Beg Tangan Ilham Dari 7 Nama Ikon Dunia, Ada Yang Dah Jadi Milik Kamu?

February 4, 2023
Cetusan Idea Fesyen Balaclava, Gaya Hijab Untuk Musim Sejuk?
Fesyen

Cetusan Idea Fesyen Balaclava, Gaya Hijab Untuk Musim Sejuk?

January 29, 2023
Backless Dress Paling Ikonik Roberto Cavalli, Zendaya Pernah Pakai Tau!
Fesyen

Backless Dress Paling Ikonik Roberto Cavalli, Zendaya Pernah Pakai Tau!

January 28, 2023
Nak Kekal Hidrasi & Stylish Dalam Satu Masa, Sarung Botol Air Designer Ini Untuk Kamu..
Fesyen

Nak Kekal Hidrasi & Stylish Dalam Satu Masa, Sarung Botol Air Designer Ini Untuk Kamu..

January 22, 2023

IKLAN

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Brilliant Skincare Ada Racun Berjadual, Masih Ramai Pakai & Tak Sedar Bahayanya

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.