Baru-baru di laman sosial media kecoh dengan isu aplikasi Muslim Pro di mana aplikasi ini sebenarnya adalah buatan orang bukan Islam.
Selepas tercetusnya isu pemilik aplikasi ini, timbul pula kontroversi panas mengenai aplikasi Muslim Pro ini, hingga ramai netizen bersuara di laman sosial media masing-masing.
Erwan Mace Pengasas Muslim Pro, Bukan Orang Islam
- Foto – Arkib Wanista
Siapa sangka aplikasi yang dipasarkan sejak tahun 2010 ini sebenarnya dihasilkan oleh orang bukan Islam, pengasas dan CEO Bitsmedia aplikasi Muslim Pro iaitu Erwan Mace berasal dari French dan tidak pernah menyatakan bahawa dirinya seorang Muslim.
Muslim Pro Jual Data Pada Tentera Amerika Syarikat
Selain isu panas bahawa pengasas aplikasi terkenal ini bukan orang Islam, timbul satu lagi kontroversi panas, di mana data beribu bahkan berjuta-juta pengguna aplikasi ini didakwa dijual kepada tentera Amerika Syarikat.
- Foto – Sinar Harian
Aplikasi ini dilaporkan menjual data lokasi kepada tentera Amerika Syarikat, selain itu tentara Amerika Syarikat juga menggunakan dua jenis saluran pengumpulan data iaitu Babel Street dan X-Mode bagi mengumpul data lokasi.
X-Mode Aplikasi Muslim Pro, Jejaki Lokasi Pengguna
Berdasarkan petikan di Middle East Eye, menyatakan fungsi X-Mode aplikasi Muslim Pro ini dijual dan dibeli oleh Komando Operasi Khas Amerika Syarikat (USSCOM) yang ditugaskan bagi mengurus hal pemberontakan, anti-keganasan dan juga misi rahsia lain.
- Foto – Muslim Matters
Dengan pembelian data lokasi menerusi X-Mode dari aplikasi Muslim Pro ini, pihak tentera Amerika Syarikat dapat menjejaki lokasi pengguna Muslim dengan mudah.
Muslim Pro Nafi Jual Data Kepada Tentera Amerika Syarikat
Berikutan isu penjualan data kepada pihak tentera Amerika Syarikat semakin hangat diperdebatkan, di laman akaun Twitter Muslim Pro menjelaskan bahawa isu penjualan data tersebut adalah tidak benar.
Muslim Pro tampil dengan kenyataannya bahawa mereka tidak pernah menjual data peribadi pengguna kepada pihak tentera, sebaliknya mereka melindungi data milik pengguna dan hal ini sangat diambil serius oleh pihak Muslim Pro.
Media reports are circulating that Muslim Pro has been selling personal data of its users to the US Military. This is INCORRECT and UNTRUE. Muslim Pro is committed to protecting and securing our users’ privacy. This is a matter we take very seriously. #MuslimPro pic.twitter.com/2Lu0Zgvso1
— Muslim Pro App (@MuslimPro) November 17, 2020
Pengguna Boikot Dan Buang Aplikasi Dari Telefon Pintar
Meski Muslim Pro telah mengeluarkan kenyataan dan menafikan dakwaan penjualan data, beratus-ratus juta pengguna Muslim yang menggunakan aplikasi ini merasa terancam.
- Foto – Arkib Wanista
- Foto – Arkib Wanista
- Foto – Arkib Wanista
Dan sukar untuk mempercayai aplikasi terkenal ini, pengguna aplikasi bertindak memboikot dan membuang aplikasi tersebut dari telefon pintar masing-masing.
Tidak cukup dengan itu, masing-masing meluahkan rasa marah terhadap Muslim Pro di laman sosial media berikutan isu pengasas aplikasi dan juga penjualan data kepada pihak tentera Amerika Syarikat.
Kini ramai pengguna aplikasi ini telah membuang (uninstall) aplikasi popular tersebut, dan mencari aplikasi lain dengan fungsi pencarian arah kiblat, surah dan fungsi lain di Google App dan Apple Store.