Kuala Lumpur tersenarai sebagai bandaraya paling overworked di dunia?
Siapa sangka Kuala Lumpur diantara tersenarai sebagai bandaraya paling terlebih bekerja di dunia, berdasarkan data penyelidikan yang dikongsi di Get Kisi Malaysia menduduki tangga keempat dalam carta bandaraya overworked.
Pasti ramai yang nak tahu bagaimana Kuala Lumpur diklasifikasikan sebagai bandaraya antara paling terlebih bekerja di dunia, berbanding negara lain bukan.
Berikut beberapa faktor utama yang diambil kira dan markah yang diberikan untuk bandaraya Kuala Lumpur.
Kadar Populasi Terlebih Kerja Keempat Tertinggi
- Foto – Arkib Wanista
Untuk indeks kadar populasi terlebih kerja pula Kuala Lumpur mempunyai nilai markar yang rendah iaitu 21 peratus sahaja, ini menunjukan dalam seminggu ramai pekerja di Kuala Lumpur yang bekerja lebih 48 jam dalam seminggu.
Bagi faktor ini Kuala Lumpur menduduki tangga keempat sebagai bandaraya yang paling tinggi terlebih bekerja. Manakala Seoul ditangga ketiga, Singapura menduduki tempat kedua dan tempat pertama bandaraya paling terlebih bekerja adalah Hong Kong.
Jumlah Jam Bekerja Dan Ulang-Alik Ke Tempat Kerja Tahap Sederhana
- Foto – Arkib Wanista
Dalam data yang dikongsikan Kuala Lumpur mendapat 52 markah dari 100 peratus jumlah markah keseluruhan, menunjukan jumlah jam bekerja dan perjalanan ulang-alik pekerja ke tempat kerja di Kuala Lumpur berada ditahap sederhana sahaja.
Kadar Bahagia, Budaya Dan Libur Rendah Di Dunia
- Foto – Blog Traveloka
Jangan terkejut mengikut data yang dikongsikan dalam Get Kisi ini menunjukan individu yang bekerja atau tinggal di Kuala Lumpur kurang bahagia termasuklah dalam aspek budaya dan juga aktiviti berlibur.
Kuala Lumpur mendapat 35 sahaja, dan ini merupakan markah paling rendah diantara bandaraya yang terdapat di negara-negara lain.
Melihat data yang dikongsikan dalam laman Get Kisi ini, banyak aspek yang boleh diperbaiki tambahan lagi dengan penularan pandemik pastinya lebih ramai pekerja di Malaysia akan terlebih bekerja bagi menstabilkan ekonomi.
Diharap dalam tempoh akan datang Kuala Lumpur tidak lagi tersenarai sebagai bandaraya paling overworked, tetapi diangkat sebagai bandaraya paling seimbang antara kerja dan kehidupan harian di dunia.