Mendapat perhatian dan peminat menerusi siri K-drama, Crash Landing On You, Seo Ji Hye yang membawa watak sebagai Seo Dan iaitu wanita elit Korea Utara yang sentiasa kelihatan cantik dan stay up-to-date dengan fesyen yang memukau.
Tidak asing dalam dunia lakonan, Seo Ji Hye turut dilihat dalam beberapa siri seperti Black Knight, Don’t Dare To Dream, Heart Surgeons dan 49 Days, dia sangat komited dalam membawa pelbagai watak dan berjaya meninggalkan kesan kepada penontonnya.
Selain lakonan yang dibawanya tidak dapat dilupakan, tidak dinafikan Seo Ji Hye mempunyai wajah dan tubuh badan yang menarik. Memiliki berat badan sebanyak 48kg dan tinggi 170cm, Seo Ye Jin telah berkongsi cara-cara untuk mengekalkan tubuh badan langsing sepanjang masa.
Memilih Makanan
Seo Ji Hye yang memilih dalam makanan, dia memberikan fokus dalam pengambilan salad, buah-buahan dan makanan yang rendah kalori. Walaupun dia tidak strict dalam diet, tetapi dalam memilih makanan yang sihat ini membuatkan Seo Ji Hye kekal dalam bentuk badan yang diinginya.
Menganggap makanan sihat sangat penting, dia sering memakan resepi diet kegemarannya iaitu ‘Tofu Shake‘. Mudah untuk disediakan, kamu hanya perlu blend susu soya, tofu, pisang dan Lingonberry Powder.
Lingonberry Powder adalah serbuk berry kering yang mengandungi mineral dan pelbagai vitamin yang bermanfaat dan lengkap untuk badan.
Elak Makanan
Seterusnya, Seo Ji Hye juga menjauhkan diri daripada makanan yang dianggap sebagai musuh ketika memilih diet yang sihat.
Antara makanan yang dielak adalah hamburger, minuman ringan dan ramen. Seo Ji Hye mengatakan bahawa sudah bertahun-tahun dia tidak mengambil makanan tersebut. Mengetahui kandungan kalori yang tinggi, makanan ini membuatkan sistem pencernaannya menjadi tidak bagus dan sukar.
“Jika ada hari yang tidak boleh dielakkan, saya akan menggunakan teknik menambahkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak dalam makanan seperti menggantikan roti hamburger dengan sayur”, ujarnya.
Jaga Badan
Selain menjaga makanan, Seo Ji Hye juga melakukan senaman sebagai aktiviti tambahan dalam menjaga bentuk badannya. Menjadi tabiatnya, setiap pagi Seo Ji Hye akan menimbang beratnya.
“Saya telah melakukan beberapa senaman dan pilates sepanjang beberapa tahun ini dan saya juga menghadiri kelas tarian balet dalam rutin harian”, ujarnya.
Selain itu, dalam mengelakkan dan menghilangkan selulit, Seo Ji Hye akan melakukan rawatan tersendiri iaitu mencampurkan serbuk kopi dengan minyak badan kemudian disapunya pada keseluruhan tempat yang diingini. Bukan sahaja selulit boleh dihilangkan malah sel kulit mati juga boleh dibuang.
Mudah kan cara-cara Seo Ji Hye lakukan untuk menjaga dan mengekekalkan bentuk badan yang langsing selama ini. Kalau kamu nak bentuk badan sepertinya, mula dengan perlahan-lahan untuk membiasakan diri anda dengan perubahan diet harian. Selamat mencuba!