Siapa kata bajet RM1000 tak boleh deko bilik yang cantik dan bergaya?
Bagi yang berhasrat nak tukar dekorasi bilik dengan gaya dan stail yang baru dengan berbekalkan RM1000 sahaja, jangan risau kerana impian kamu boleh direalisasikan dengan mudah sebenarnya.
Nak tahu bagaimana cara nak deko bilik dengan bajet miniman RM1000, jom ikuti caranya di bawah.
Pilih Tema Free Of Charge!
Kenal pasti tema yang kamu inginkan untuk bilik tidur kamu, seperti contoh tema minimalis, flora dan fauna, gaya zen, moden kontemporari atau klasik dan sebagainya.
Cat Bilik Tidur RM60 Kebawah
- Foto – Arkib Wanista
Selepas dah pilih tema bilik, langkah pertama adalah kerja-kerja mengecat bilik! Untuk mendapatkan cat yang berkualiti, warna yang memuaskan dan harga yang berpatutan kamu boleh beli cat di Nippon Paint secara dalam talian [sini] atau di Lazada [sini] dan Shopee [sini].
Harga cat bilik adalah dalam linkungan RM25 hingga RM60 mengikut jenis warna cat dan berapa liter tong cat yang kamu inginkan untuk warnakan bilik tidur.
Katil RM400 Kebawah
- Foto – Arkib Wanista
Untuk katil pula kamu pilih katil mengikut kesesuaian masing-masing, dan semestinya mengikut tema dan citarasa masing-masing.
Untuk individu bujang ini beberapa katil dan harga yang berpatutan di Ikea.
- Katil bujang semak [sini] dalam lingkungan RM149 – RM499
- Katil loft semak [sini] dalam lingkungan RM529 – RM799
Tilam, Bantal, Dan Cadar RM200 Kebawah
- Foto – Arredamento Pari
Nak cari tilam, bantal, cadar yang murah kamu boleh beli secara dalam talian di Shopee [sini] dan Lazada [sini], kerana harga dalam talian lebih murah, dan banyak pilihan.
- Bantal lingkungan RM5 hingga RM50 – [Lazada] dan [Shopee]
- Tilam lingkungan RM50 hingga RM200 – [Lazada] dan [Shopee]
- Cadar lingkungan RM10 hingga RM40 – [Lazada] dan [Shopee]
Meja Mekap RM300 Kebawah
- Foto – Arkib Wanista
Mahukan meja mekap yang menarik, cantik dan selesa, kamu boleh cari secara dalam talian kerana banyak pilihan serta harga bajet yang memuaskan.
Tempat Menyimpan Pakaian RM200 Kebawah
- Foto – Arkib Wanista
Kini pelbagai jenis almari dan tempat penyimpanan baju terdapat di pasaran yang penting kamu boleh pilih mengikut citarasa yang sesuai dalam bilik.
- Tempat menyimpan pakaian lingkungan RM30 – RM200 [Lazada]
- Tempat menyimpan pakaian lingkungan RM30 – RM200 [Shopee]
Lampu Siling, Dinding Dan Lampu Lantai RM100 Kebawah
- Foto – Arkib Wanista
Bagi yang inginkan lampu siling, lampu dinding dan lampu lantai yang menarik, berkualiti dan harga yang berpatutan, kamu boleh cari di Ikea kerana pilihan lampu-lampu yang ditawarkan cukup memuaskan.
- Lampu siling lingkung RM12.90 – RM99 [sini]
- Lampu dinding lingkungan RM29.90 – RM79 [sini]
- Lampu lantai lingkungan RM39.90 – RM99 [sini]
Tikar Atau Permaidani RM150 Kebawah
- Foto – Overstock
Tak lengkap dekorasi bilik tidur tanpa permaidani yang cantik dan selesa bukan, kamu boleh cari permaidani yang berkualiti dan harga yang murah dalam lingkungan RM150 kebawah di Lazada [sini] dan Shopee [sini].
Rak Ringkas RM100 Kebawah
- Foto – Arkib Wanista
Dalam bilik wanita pastinya wajib ada rak tak kiralah rak tersebut besar atau kecil, rak serbaguna merupakan keperluan untuk wanita. Banyak rak serbaguna boleh didapati dengan hanya RM100 kebawah di Lazada [sini] dan Shopee [sini].
Dekorasi Lain RM100 Kebawah
- Foto – Arkib Wanista
Nak cari dekorasi bilik yang murah dan cantik ini, kamu boleh cuba cari secara dalam talian seperti di Ikea, Lazada dan Shopee.
- Pelekat dinding RM2 – RM50 [Lazada], [Shopee] dan [Ikea]
- Gambar Dinding RM20 – RM60 [Lazada], [Shopee], dan [Ikea]
- Jam Dinding RM7 – RM80 [Lazada], [Shopee], dan [Ikea]
- Pokok RM3 – RM30 [Ikea]
Dengan senarai barangan begini tak mustahil untuk kamu deko bilik tidur dengan bajet RM1000 kebawah, yang penting kamu tahu memilih barang dengan bijak dan sesuai dengan tema bilik tidur yang kamu inginkan.
Selamat mencuba!