Tak lagi menjadi rahsia, setiap orang tahu untuk mendapatkan kulit yang cantik, semuanya bermula daripada dalam. Apa yang dimakan memainkan peranan penting dan memberikan kesan kepada badan terutamanya kulit.
Wanista tahu ramai yang bergelut dengan kulit muka yang berminyak. Daripada menggunakan produk oil-control sehinggalah homemade masks, kulit muka tetap berminyak, malah makin menjadi-jadi.
Daripada gen, horman sehingga persekitaran, semua perkara boleh mempengaruhi pengeluaran minyak di kulit. Tetapi, adakah anda tahu diet juga boleh mempengaruhi kulit?
Pemilihan diet yang tidak betul boleh menyebabkan kulit menjadi lebih teruk. Anda mesti tahu ada beberapa makanan yang dilarang kerana ia membuatkan kulit semakin berminyak, jadi adakah anda mengambil makanan ini dalam rutin harian?
Makanan Bergoreng
Beberapa kajian telah dilakukan dan mendapati pengambilan omega-6 fatty acids boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat pada kulit. Lemak tepu dan trans fat dalam makanan bergoreng juga boleh buatkan kulit menjadi keradangan dan menyebabkan pengeluaran minyak berlaku.
Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan minyak alpukat atau zaitun untuk menggoreng atau gunakan air-fryer untuk elakkan pengeluaran minyak pada kulit secara berlebihan.
Garam
Garam sangat penting untuk deria rasa, diet dan kesihatan tetapi kalau guna garam secara berlebihan, kulit boleh menjadi dehidrasi.
Apabila kulit menjadi kering, kelembapan pada kulit digantikan dengan pengeluaran minyak. Untuk elakkan kulit berminyak secara berlebihan, gunakan garam dalam kuantiti sederhana bagi mengekalkan kelembapan pada kulit dan bebas minyak.
Refined Grains
Karbohidrat yang diproses seperti roti putih, bijirin sarapan pagi dan nasi putih adalah makanan yang wajib dielakkan. Dalam jangka masa tertentu, makanan ini membuatkan pertumbuhan jerawat dan pengeluaran minyak berlaku.
Refined grains kehilangan serat dan nutrien ketika diproses yang menyebabkan indeks glisemik menjadi tinggi dan mempengaruhi gula dalam darah anda. Sebagai gantian, anda boleh menggunakan produk gandum, popcorn dan beras perang.
Gula
Gula yang dimakan boleh mempengaruhi kadar gula dalam darah. Tubuh kita bertindak balas dengan menghasilkan lebih banyak insulin yang membuatkan kelenjar menghasilkan lebih banyak minyak dalam kulit.
Walaupun terdapat gula semula jadi seperti dalam buah-buahan dan sayur-sayuran perlu diambil dalam kadar sederhana tetapi penggunaan gula halus seperti gula tebu atau sirap jagung, wajib dikurangkan secara minima.
Produk Tenusu
Ramai yang tak tahu produk tenusu ini perlu dikurangkan dalam diet harian. Produk tenusu seperti mentega, krim dan keju mengandungi lemak tepu yang boleh menyebabkan kulit anda menjadi teruk.
Sangat penting untuk elakkan penggunaan susu krim lemak penuh. Jika boleh, gunakan yogurt sebagai alternatif anda untuk mengambil produk tenusu. Anda juga boleh mencampurkan yogurt dengan salad atau membuat smoothies.
Makanan Yang Diproses
Elakkan daripada memakan makanan yang diproses seperti sosej, nugget dan lain-lain. Makanan ini boleh menyebabkan kulit menjadi lebih berminyak dan berjerawat. Sebagai gantian, anda boleh makan daging yang segar tanpa lemak.
Penting juga untuk elakkan daripada membeli sup segera yang diproses, mi segera atau makanan ringan yang yang boleh memberikan kesan kepada tubuh badan terutamanya kulit.
Alkohol
Alkohol memberikan kesan buruk terutamanya kepada mereka yang mempunyai kulit berminyak. Ini kerana alkohol mengeluarkan cecair daripada kulit dan menyebabkan dehidrasi berlaku.
Apabila dehidrasi, kulit anda akan bekerja keras untuk mengimbangi kehilangan air dan menyebabkan kulit anda menghasilkan lebih banyak minyak. Kulit menjadi kering dan mula berminyak secara berlebih boleh mengakibatkan pertumbuhan jerawat secara banyak boleh berlaku.
Jadi makanan ini mungkin menjadi salah satu faktor kenapa muka anda berminyak selama ini. Sekiranya anda ada mengambil makanan-makanan ini, cuba tukarkan kepada makanan yang baik dan membantu kesihatan anda terutamanya kulit.