Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Hiburan

10 K-Drama Tema Perubatan Best, Buat Anda Nak Jadi Doktor!

by Soph.Azz
November 13, 2020
783
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Selain menonton drama komedi romantik yang tipikal, drama perubatan Korea adalah genre yang mempunyai permintaan paling tinggi dalam kalangan peminat K-drama.

Ketegangan yang ditunjukkan dalam drama tersebut boleh mempengaruhi emosi anda apabila melihat ahli perubatan bertungkus lumus berusaha menyelamatkan pesakit mereka.

Drama perubatan ini juga sebenarnya memberikan pelbagai pengetahuan kepada orang awam apabila mereka menerangkannya dalam istilah yang semua orang boleh faham dengan mudah.

Jadi, untuk peminat K-drama, Wanista cadangkan list drama perubatan yang paling best ini untuk kamu menonton hujung minggu ini!

#1 Life 

Ye Jin-woo (Lee Dong Wook) adalah seorang doktor yang mengetahui pengarah hospitalnya telah menggunakan wang daripada hospital tersebut.

Foto – Arkib Wanista

Ketika kemalangan yang melibatkan pengarahnya terjatuh daripada pangsapuri, kematiannya diangap sebagai satu kemalangan. Tetapi Jin-woo percaya sebenarnya ia lebih daripada sekadar kemalangan.

#2 Hospital Playlist 

Lima orang doktor yang telah berkawan selama 20 tahun sejak di pusat pengajian perubatan akhirnya telah bekerja di sebuah hospital yang sama.

Foto – Hello Kpop

Di samping bekerja, mereka telah membentuk sebuah kumpulan muzik untuk berkongsi minat mereka terhadap muzik dan mengatasi tekanan dalam kehidupan seharian mereka.

#3 Doctor Stranger 

Ditipu dan dihantar ke Korea Utara, Park Hoon (Lee Jong Suk) dan ayahnya Park Cheol (Kim Sang-Joong) dilarang untuk memasuki Korea Selatan. Park Hoon telah dilatih menjadi doktor oleh ayahnya iaitu doktor terkenal.

Foto – Arkib Wanista

Setelah kematian ayahnya, Park Hoon cuba melarikan diri ke Korea Selatan dengan kekasihnya, Jae Hee (Jin-Se-yeon) tetapi pada akhirnya mereka terputus hubungan. Dia telah berasimilasi ke Seoul dengan pelbagai kebohongan yang diciptanya sehingga membuatkan dirinya ditimpa masalah.

#4 Medical Top Team 

Berpusat di Hospital Paran, seorang doktor yang tidak dibayar gaji iaitu Park Tae Shin (Kwon Sang Woo) adalah seorang doktor bedah yang mahir dan berterus terang akan kesalahannya.

Foto – Imdb

Dia telah bekerja keras untuk mendapatkan kedudukan yang kukuh bagi bergabung dengan kakitangan di Hospital Universiti Gwang Hye.

#5 Hospital Ship

Lain daripada yang lain, K-drama ini mengisahkan tentang doktor-doktor muda yang memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk pulau melalui kapal hospital.

IKLAN

Foto – Arkib Wanista

Terdapat pelbagai doktor termasuklah pakar bedah wanita yang sangat berbakat Song Eun-Jae (Ha Ji-Won) memberikan rawatan perubatan di kampung-kampung di pulau terpencil. Tidak menunjukkan kelemahannya seperti seorang doktor yang ceria iaitu Kwak Hyun (Kang Min-Hyuk).

#6 D-Day

Lee Hae-sung (Kim Young-kwang) dihantar bekerja di sebuah hospital usang yang tidak mempunyai bilik kecemasan setelah tidak mematuhi arahan pengarah hospitalnya.

Foto – Arkib Wanista

Pelbagai kejadian telah berlaku seperti gempa bumi yang menghalang semua jalan untuk mendapatkan rawatan di bandar serta telefon dan elektrik tidak berfungsi. Hae-sung mula menyelamatkan dan merawat orang ramai tetapi apa yang akan berlaku apabila ubat semakin habis?

#7 Dr Romantic 1 & 2 

Kim Sa-bu (Han Suk-kyu), seorang pakar bedah yang terkenal dan secara tiba-tiba turun daripada puncak kariernya. Dia yang ingin menjadi doktor di sebuah bandar kecil dan menggelar dirinya sebagai Dr.Romantic.

Foto – Arkib Wanista

Pada musim kedua, Seo Woo-jin (Ahn Hyo Seop) seorang doktor yang melakukan apa sahaja untuk wang dan Cha Eun Jae (Lee Sung-kyung) iaitu seorang doktor yang sering kali mual ketika pembedahan mempunyai kisah yang menyebabkan mereka dihalang menjadi yang terbaik dalam pekerjaan.

Dengan bantuan Kim Sa-bu, kedua-dua mereka mungkin dapat melepaskan diri dan berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam hidup.

#8 Descendent Of The Sun 

Drama ini mengisahkan tentang seorang doktor, Dr. Kang Mo-Yeon (Song Hye-kyo) yang ditempatkan di zon perang yang telah bercinta dengan seorang kapten unit Pasukan Khas Korea Selatan, Yoo Si-jin (Song Joong-ki).

Foto – Arkib Wanista

Mereka yang kedua-duanya elit di dalam bidang masing masing. Drama ini juga menceritakan bagaimana mereka berjuang dalam kehidupan peribadi mereka secara profesional sambil mempelajari tentang nilai kehidupan.

#9 Doctors 

Dibintangi oleh Park Shin-hye iaitu sebagai Yoo Hye-jung ialah seorang gadis yang beralih daripada remaja bermasalah kepada doktor yang penyayang dan berjaya.

Foto – Arkib Wanista

Dibantu oleh mentornya, Hong Ji-hong (Kim Rae-won) membantu Yoo Hye-jung dalam meneruskan kariernya. Mereka yang menjadi sangat rapat ini membuatkan cinta menjadi rumit.

#10 Emergency Couple 

Menjadi seorang janda dalam meneruskan kerjaya dalam bidang perubatan, Oh Jin-hee (Song Ji-hyo) tanpa sengaja berada dalam program intership dengan bekas suaminya, Oh Chang-min (Choi Jin-hyu).

Foto – Arkib Wanista

Pelbagai perkara berlaku selepas perpisahan mereka menyebabkan apa yang berlaku selepas itu membawa keceriaan dalam hidup walaupun ada pergaduhan yang berlaku.

Wanista tahu, anda yang menonton K-drama bergenre ini mesti menyimpan cita-cita untuk menjadi doktor seperti mereka. Jadi tunggu apa lagi, sarungkan lab coat anda serta stethoscope, dan mula menonton drama ini sekarang!

Tags: 10 k-drama bestdrama koreadrama korea perubatangenre perubatank-dramak-drama wajibkdrama perubatan
Share313SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - MICHAEL TRAN/AFP via Getty Images
Hiburan

Hadiah Pakej Percutian Dan Botox! Gift Bag Anugerah Oscar Versi Mimpi Kayangan

March 25, 2023
Foto - PageSix
Hiburan

Hailey Bieber Hilang Sejuta Follower Instagram, Akibat Perli Selena Gomez?

March 11, 2023
Foto - @puteranordanish2 (TikTok) / Facebook
Gosip Tempatan

“Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan

January 6, 2022
Foto - Netflix
Hiburan

Lagi Banyak Review Negatif Dari Positif, Ini Yang Gong Yoo Respon Tentang “The Silent Sea”

January 5, 2022

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    10 K-Drama Tema Perubatan Best, Buat Anda Nak Jadi Doktor!

  3. 3

    Hidu Vicks Inhaler Batal Puasa? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.