Victoria’s Secret Fashion Show merupakan pertunjukan fesyen paling gah dan gemilang dalam sejarah fesyen, dan menarik berjuta-juta penonton seluruh dunia.
Acara serba mewah ini disertai dengan persembahan pemuzik terkenal secara langsung dan pembentangan Fantasy Bra, set pakaian dalam yang sangat mahal dihiasi batu permata bergemerlapan.
Tidak hanya dibuat di Amerika Syarikat, VS juga terbang ke beberapa negara di Eropah dan juga Asia. Itu menunjukkan bertapa hebatnya pengaruh VS ke seluruh dunia.
Bila event gah, mesti ada banyak rahsia yang ingin diselongkar. Agaknya apa yang berlaku di sebalik tirai, tak mungkin yang indah-indah belaka saja.
Flight Serba Merah Jambu Yang Comel
Model ke destinasi dengan pesata berwarna merah jambu, sepadan dengan warna syarikat. Penaja, wartawan media massa, blogger dan beberapa orang yang mengambil bahagian turut sama menaiki pesawat bersama-sama model.
- Foto – Fashionista
Semua model dikehendaki memakai pakaian yang direka khas ketika penerbangan. Tujuannya untuk editorial media massa dan media sosial. Di pesawat juga, setiap yang terlibat akan menerima set hadiah dan selimut merah jambu dengan simbol Victoria’s Secret.
Jubah Mandi Merah Jambu Untuk Para Model
Perasan tak bila di belakang tirai, model semuanya menyarung jubah mandi berwarna merah jambu – disesuaikan mengikut warna jenama.
- Foto – Daily Mirror
Mereka akan bergambar untuk media sosial masing-masing, dalam pada yang sama mempromosikan barang. Jubah ini boleh dibeli di laman web rasmi, untuk anda merasai pengalaman menjadi ‘Angel’.
Krew Terlalu Ramai
Tidak diketahui jumlah sebenar krew yang terlibat, tapi ia sangat ramai. Untuk krew kecantikan sahaja terdiri daripada kira-kira 100 orang.
- Foto – Business Insider
Bilangan barang kosmetik yang digunakan untuk menyiapkan model juga bukan biasa-biasa, lebih daripada 40 botol hairspray dan sekitar 150 ligloss dari pelbagai jenama.
Pentingnya Tona Kulit Yang Ideal
Tona kulit yang ideal sangat penting dan ada pakar yang bertanggungjawab. Dia mula bekerja dengan model 1-2 hari sebelum pertunjukan.
- Foto – Youtube
Tugasnya adalah mencari nada yang sesuai untuk setiap model. Lebih-lebih lagi, dia mesti melakukan kontur untuk menonjolkan bahagian badan tertentu.
Ada Sesi Urut Muka
Sebelum mengenakan mekap, jurumekap akan memberikan rawatan acupressure (shiatsu), jenis urutan khas untuk menguatkan otot wajah.
- Foto – Arkib Wanista
Untuk ‘mengaktifkan’ kulit dengan serta-merta dan menghilangkan bengkak, jurumekap menggunakan ketulan ais yang dibalut dengan kain nipis untuk mengelap wajah model dan memberi perhatian khusus pada kawasan mata.
Mekap & Rambut
Pada hari pertunjukan, proses mekap dan gaya rambut mengambil masa sekitar 5 jam. Jurumekap memberikan look natural tapi dramatik di bahagian mata. Mekap smokey dan beberapa lapisan maskara menjadi key highlight.
- Foto – Arkib Wanista
Pasukan profesional bekerja keras untuk gaya rambut model. Mereka menggunakan gaya khas yang disebut “beach waves”, rambut kusut yang kelihatan seperti ditiup angin menciptakan gelombang semula jadi.
Tak Semuanya Makanan Berkhasiat
Teongok body setiap model VS, memang makan dalam. Memandangkan mereka dikehendaki memakai perhiasan dan aksesori berat, jadi rata-rata model lebih suka makan sesuatu yang berkhasiat, seperti energy bar atau sandwich ringan penuh dengan sayuran hijau sebelum runaway bermula.
- Foto – Arkib Wanista
Namun, ada juga banyak pilihan makanan tidak sihat, seperti yang bergoreng dan kadang-kadang ada alkohol juga.
Fantasy Bra Idaman Setiap Model VS
Setiap tahun, akan ada model baru dipilih untuk memakai Fantasy Bra dengan perincian batu permata mewah.
Proses pembuatan Fantasy Bra sangat terperinci dan kemas. Setiap rekaan ada ceritanya tersendiri dan berlainan setiap tahun. Sebagai contoh, model Brazil Lais Riberiro mempersembahkan Fantasy Bra, yang dianggarkan berharga sekitar $2 juta.
- Foto – Arkib Wanista
Sayangnya kerana terlalu banyak kontroversi, di mana diskriminasi terhadap pemilihan model – hanya mengambil model berfizikal kurus dan bankrap, VSFS tidak lagi ke udara.
Selamat Tinggal VS!