Kita biasa lihat lelaki transgender memakai skirt dan memakai kasut tumit tinggi, tapi lain pula ceritanya jika lelaki jenis ‘straight’ mempunyai citarasa fesyen unik sebegini.
Mark Bryan seorang jurutera dari German mempunyai citarasa fesyen yang unik dan versatil, di mana lelaki berusia 61 tahun ini gemar memakai skirt dan berkasut tumit tinggi untuk fesyen hariannya.
Rasa Lebih Berkeyakinan Dan Lebih Menarik
- Foto – Arkib Wanista
Menurut Mark dirinya rasa lebih berkeyakinan dan menarik tatkala menggayakan fesyen seperti ini, lagipun fesyen seperti ini telah lama wujud di German.
Fesyen yang di bawa oleh Mark ini sedikit sebanyak mengubah pandangan orang ramai terhadap stereotaip orang lelaki memakai skirt dan bertumit tinggi.
Isteri Dan Anak Kongsi Pandangan Yang Sama
Selain itu, isteri dan anak-anak Mark juga berkongsi pandangan yang sama seperti Mark, tiada apa yang salah memakai gaya fesyen seperti ini.
Bagi ahli keluarga Mark, mereka menyokong keinginan Mark dengan memakai fesyen tersebut dalam kehidupan harian mereka.
Kompilasi Fesyen Skirt Dan Kasut Tumit Tinggi Mark
Ini beberapa kompilasi fesyen skirt dan bertumit tinggi yang digayakan oleh Mark, memang menarik dan versatil betul!
#1 Tampak Kacak Dengan Set Sut Dan Skirt Pejabat
- Foto – Arkib Wanista
#2 Hitam Itu Karisma
- Foto – Arkib Wanista
#3 Kemeja-T, Skirt Dan Kasut Tumit Kombinasi Power Mark!
- Foto – Arkib Wanista
#4 Bergaya Sakan Mark Dengan Skirt Pensil Yang Hot
- Foto – Arkib Wanista
#5 Tampil Berani Dengan Fesyen Skirt Pendek Seksi
- Foto – Arkib Wanista
Miliki Koleksi Kasut Tumit Tinggi Yang Banyak
Kalau dah hari-hari pakai skirt dan berkasut tumit, pastinya koleksi kasut tumit tinggi Mark juga sangat banyak dan ianya terbukti apabila Mark berkongsi video dan gambar kasut tumit tingginya yang sangat banyak di Instagramnya.
https://www.instagram.com/p/CHQVDKRKFGp/
Siapa sangka lelaki ‘straight’ juga mempunyai citarasa fesyen yang unik seperti ini, sebab itu orang kata ‘don’t judge a book by its cover’ betul tak.