Penyelidik menemui satu daripada lima orang pesakit Covid-19 yang terselamat dari virus ini, berpotensi menghidap penyakit mental.
Laporan yang dipetik dari The Star ini, menyatakan pakar psikiatri menemui kajian lebih 20 peratus yang dijangkiti virus maut ini di diagnos mempunyai masalah mental dalam tempoh 90 hari.
Penemuan baru ini mengejutkan semua, sudahlah virus ini banyak memberi kesan sampingan lain terhadap kesihatan pesakit dan kini ditambah pula dengan potensi menghidapi masalah mental.
Pesakit Covid-19 Yang Terselamat Potensi Kena Masalah Mental Dalam 90 Hari
- Foto – MIMS Today
Kajian yang ditemui ini mengejutkan ramai penyelidik, pesakit yang terselamat dari serangan virus maut ini berpotensi menghidapi gejala penyakit mental.
Hasil penemuan bertambah kuat dengan bukit terdapat pesakit yang terselamat menunjukan gejala penyakit mental seperti:
- Anxienty
- Kemurungan
- Insomnia
- Dementia
Apa yang mengerikan adalah pesakit yang terselamat dari Covid-19 ini, akan menunjukan gejala penyakit mental dalam tempoh 90 hari.
Satu Dari Lima Orang Pesakit Covid-19 Yang Selamat, Menunjukan Gejala Masalah Mental
- Foto – Guidelines Health
Dalam jurnal ‘The Lancet Psychiatry’ merekodkan data analisa yang di rekod secara elektronik, 69 juta orang di Amerika Syarikat termasuk lebih dari 62,000 ribu kes Covid-19.
Menunjukan dalam tempoh tiga bulan ujian positif Covid-19, satu dari lima orang pesakit yang terselamat menunjukan gejala masalah mental.
Individu Biasa Yang Mempunyai Masalah Mental, Berpotensi Di Serang Covid-19
- Foto – Sarawak Voice
Mengikut data yang terkumpul pakar perlu memberi lebih perhatian terhadap kesan psikologi terhadap pesakit Covid-19, kerana ia mungkin boleh menjerumus kepada masalah psikologi dan mental yang lain.
Selain itu, profesor pakar psikiatri dari King’s College London Simon Wessely menyatakan, individu biasa yang menghidapi penyakit mental juga berpotensi menghidapi Covid-19 kerana virus tersebut menyerang sistem saraf untuk menjangkiti mangsanya.
Penyiasatan Terhadap Kesan Dan Cara Rawatan, Antara Fokus Pakar
Profesor pakar psikiatri University Oxford, Paul Harrison menyatakan dengan laporan serta kajian yang ditemui menunjukan bahawa pesakit Covid-19 yang terselamat berpotensi besar menghidapi penyakit mental ini.
Para doktor dan sainstis di seluruh dunia akan menyiasat kesan, dan cara rawatan bagi menangani masalah penyakit mental yang tular kerana Covid-19 ini.
- Foto – New Roads Behavioral Health
Kini lebih ramai pakar perubatan dan sainstis, memberi perhatian terhadap isu kesihatan mental terjadi kerana pandemik ini dan juga potensi lain yang boleh berlaku kerana Covid-19.
Penyelidik dan pakar dari seluruh dunia akan terus menyiasat mengenai penemuan ini, dan mencari jalan bagi menanganinya.