Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kesihatan

InshaAllah, Kemurungan Boleh Elak Dengan Amalan Doa Ini!

by Soph.Azz
November 9, 2020
485
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bukan mudah untuk melihat dengan mata kasar bagaimana penyakit kemurungan ini berlaku. Ada yang mengalaminya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda fizikal.

Tidak boleh diambil mudah, kemurungan dalam masyarakat kini telah meningkat dan kita seharusnya memandang serius tentang bahayanya penyakit ini dalam kalangan kita.

Kemurungan ini boleh berlaku disebabkan perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia antara Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine.

Ada juga yang mewarisnya daripada keluarga, persekitaran mahupun situasi yang terjadi yang menyebabkan kekurangan sokongan orang-orang terdekat seperti keluarga dan rakan-rakan.

Bukan Dibuat-buat 

Dalam sedar atau tidak, kemurungan yang dialami oleh seseorang individu itu tidak dibuat-buat. Secara tidak langsung, kemurungan ini boleh dikategorikan sebagai penyakit yang merbahaya.

Foto – Pinterest

Berdasarkan Dr Zaharuddin Abd Rahman, kemurungan yang serius boleh menyebabkan individu bunuh diri atau melakukan apa-apa jenis tindakan yang boelh membawa bahaya kepada diri.

Walaupun punca spesifik kemurungan ini berlaku tidak dapat dibuktikan. Tetapi beberapa punca ini boleh menjadi salah satu penyebabnya;

  • Genetik

Foto – iStock

Individu yang mempunyai adik beradik atau ibu bapa yang mengalami kemurungan berpotensi 3 kali ganda untuk mendapat penyakit tersebut. Tetapi tidak mustahil juga untuk keluarga yang tiada sejarah kemurungan tidak akan mempunyai masalah itu.

  • Stress 

Foto – Psychology Today

Terlalu stress atau rasa kehilangan menjadi faktor kepada penyakit kemurungan untuk berlaku. Baik orang dewasa atau kanak-kanak, jika stress tidak dirawat dengan awal, kemungkinan besar ia akan memberikan impak yang berpanjangan.

Dapatkan Bantuan

#1 Befrienders [TEKAN SINI]

Foto – Bestfrienders

Jika tiada sesiapa yang boleh memahami diri anda, hubungi Befrienders untuk berkongsi dan luahkan apa sahaja yang terbuku dalam hati. Melalui talian ini, anda dapat mengembangkan kesedaran emosi yang membawa kepada peningkatan kesihatan dan emosi yang lebih baik.

#2 Orang Yang Dipercayai 

Foto – Healthline

Bercakap dengan orang yang dipercayai secara bersemuka lebih baik untuk emosi anda. Dengan adanya individu yang dipercayai untuk meluahkan sesuatu, anda pasti berasa lega dan tidak terbeban akan masalah yang dihadapi.

#3 Psikoterapi 

Foto – The Enrich Jobs

Berjumpa dengan pakar psikologi boleh membantu individu dalam menyelesaikan masalah, membetulkan kepercayaan dan emosi. Melalui beberapa rawatan mengikut tahap kemurungan, pakar psikologi mempunyai teknik tersendiri bagi membantu individu berasa lega dan selamat.

Doa-Doa Yang Boleh Mengurangkan Kemurungan 

Bagi yang beragama Islam, doa adalah sebagai senjata orang mukmin. Secara tidak langsung apabila berdoa, ia dapat berikan kekuatan dan keyakinan kepada yang memerlukan.

# Doa 1 

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’.) – Sahih Bukhari

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh

# Doa 2 

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث

(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.) – Hadis Riwayat Tirmidzi

Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.

# Doa 3 

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

IKLAN

(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla) – Sahih Ibnu Hibban

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”

# Doa 4

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.) – Sahih Bukhari

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

# Doa 5 

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.) – Surah Al-Anbiya’ Ayat 87

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

# Doa 6 

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

(Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli) – Surah Taha Ayat 25-28

Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.

# Doa 7 

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

(Hasbunallah wanikmal wakil) – Surah Al-Imran Ayat 173

Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami

Untuk individu yang beragama Islam, amalkan doa ini, InshaAllah kemurungan boleh dielakkan dengan bantuan Allah s.w.t. Sekiranya memerlukan bantuan dan ‘telinga’ untuk mendengar masalah, cari sumber yang boleh dipercayai untuk bercerita dengan tenang dan yakin. Selamat beramal!

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: befriendersbunuh diricara elak bunuh diricara elak kemurungandoa kemurungankemurungankemurungan di Malaysia
Share194SendShare

Artikel Berkaitan

Kesihatan

Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

January 4, 2022
Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab
Kesihatan

Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

January 4, 2022
“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar
Kesihatan

“Confirm Gemuk Kalau Kerap Minum Air Sejuk”- Ini Penjelasan Pakar

January 3, 2022
Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat
Kesihatan

Kenapa Ada Orang Minum Susu Sebelum Tidur? 4 Manfaat Ini Confirm Kamu Dapat

January 3, 2022

IKLAN

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.