Sejak kemuculan mantan presiden Barack Obama, rakyat Amerika Syarikat sebenarnya boleh menerima kaum kulit hitam sebagai ketua pemimpin mereka dan sekaligus menunjukan bahawa individu berkulit hitam juga mampu bersaing dalam parti politik negara.
Kini pada pilihan raya bagi tahun 2020, seluruh negara di dunia dikejutkan dengan berita naik presiden Amerika Syarikat adalah wanita kulit hitam dan ianya adalah pertama kali berlaku dalam sejarah pucuk pimpinan Amerika Syarikat.
Kenali siapa iron lady kulit hitam pertama, yang berjaya merebut kerusi naib presiden Amerika Syarikat dan beberapa maklumat menarik mengenai wanita hebat ini.
- Foto – CNBC
Kamala Harris Wanita Kulit Hitam Pertama, Sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat
Kamala Harris atau nama penuhnya Kamala Devi Harris, lahir pada 20 Oktober 1964 di Oakland, California, Amerika Syarikat.
Kamala merupakan seorang ahli politik dan mula menjadi ahli dewan senat bagi parti demokrasi pada tahun 2016, Kamala kemudian memulakan tugas pertamanya sebagai wakil untuk California pada tahun 2017.
- Foto – Arkib Wanista
Setelah berhempas pulas selama lima tahun dalam dunia politik, Kamala menjawat jawatan sebagai naib presiden Amerika Syarikat dan merupakan wanita kulit hitam yang pertama menjawat jawatan tersebut.
Wanita Pertama Sebagai Peguam Daerah San Francisco
Kamala bukan saja merupakan wanita kulit hitam pertama sebagai naib presiden Amerika Syarikat, tetapi dirinya juga merupakan wanita pertama sebagai peguam daerah di San Francisco.
Wanita hebat ini merupakan seorang peguam daerah pertama dilantik di San Francisco, California dan telah berkecimpung dalam dunia perguaman sebagai peguam daerah selama lapan tahun iaitu dari 2004 sehingga 2011.
- Foto – The Arizona Republic
Kamala sangat terkenal dengan perwatakannya yang kuat dan tidak mudah mengalah, Kamala banyak menangani kes-kes berkaitan dengan penyeludupan dadah, pembulian berkumpulan, dan kes penderaan seksual.
Wanita Pertama Sebagai Peguam Negara California
Kemudian pada tahun 2011 hingga 2017 Kamala telah menjawat jawatan sebagai peguam negara bagi California selama tujuh tahun.
Selepas berjaya merebut jawatan sebagai peguam negara bagi California pada tahun 2010 dan kemudian memulakan tugasnya secara rasmi pada tahun 2011 Kamala membuat perubahan drastik dalam dunia undang-undang.
- Foto – South China Morning Post
Di mana Kamala menyelesaikan dakwaan yang dikenakan terhadap ketua-ketua pemimpin yang mengamalkan aktiviti yang tidak adil, bukan itu saja Kamala juga telah mengharamkan perkahwinan sesama jenis di California.
Kedua-dua kes yang dikendali oleh Kamala membawa namanya naik ke dunia politik dan kini menjadi naib presiden Amerika Syarikat wanita berkulit hitam pertama.
Merupakan Wanita India Amerika Pertama Sebagai Ahli Senat Amerika Syarikat
- Foto – PBS
Kamala merupakan wanita India Amerika pertama yang berjaya menjadi ahli senat Amerika Syarikat, latarbelakangnya kacukan Asia dan Amerika ini cukup menarik perhatian rakyat dan ahli politik yang lain.
Kamala mula menjadi ahli dewan senat dan menjadi wakil untuk California pada tahun 2017 sehinggalah pada hari ini.
Keluarga Naib Presiden Amerika Syarikat
Untuk pengetahuan semua, Kamala Harris merupakan keturunan India dan Jamaican di mana dirinya dibesarkan oleh ibunya Shyamala Gopalan Harris yang berketurunan India, beragama Hindu dan merupakan seorang ibu tunggal.
- Foto – The Mercury News
Ibu Kamala merupakan anak diplomat India dan merupakan seorang penyelidik kanser serta merupakan aktivis sivil, ibu Kamala telah bercerai dengan bapa Kamala iaitu Donald Harris dari keturunan Jamaica semasa Kamala berusia tahun.
Kamala memiliki seorang adik perempuan yang bernama Maya Harris.
Fun Facts Tentang Kamala Harris
- Foto – The Boston Globe
- Berkahwin dengan Douglas Emhoff yang juga seorang peguam pada 2014.
- Memiliki dua orang anak tiri iaitu Ella dan Cole Emhoff.
- Digelar Momala oleh dua anak tirinya
- Nama Kamala merupakan maksud ‘Lotus’ atau ‘Bunga teratai’ dalam bahasa Sanskrit dan merupakan nama lain bagi nama tuhan Hindu Lakshmi.
- Beragama katholik dan telah menjalani pembastistan di 23rd Avenue Church of God di Oakland.
- Merupakan alumni University of California Hastings Collage of the Law.
Tak sabar nak lihat apa pembaharuan yang akan di bawa oleh Kamala di Amerika Syarikat nanti.