Monica Bellucci, aktres kelahiran Itali pernah ditabal wanita tercantik di dunia suatu masa dahulu, dan dia masih lagi dalam title tersebut sehingga ke hari ini.
Dilabel sebagai simbol seks, Monica Bellucci punya rupa paras menawan yang mampu memikat di samping susuk tubuh mengiurkan. Renungan mata yang tajam dan bibir penuh merah merekah boleh mencairkan lelaki dan perempuan.
Walaupun Monica sudah memasuki usia 50-an, tak silap 56 tahun, dia membuktikan masih lagi relevan dan bertapak.
Makin Meningkat Usia, Makin Relevan
Sedikit tentang fakta lakonan, filem pertama Monica adalah ‘Vita coi figli’ ketika berusia sekitar 25 tahun, tetapi namanya pula dikenali selepas memainkan watak pengantin Dracula dalam ‘Francis Ford Coppola’s Bram Stoker’s Dracula’.
- Foto – Arkib Wanista
Seterusnya menjadi ‘Malèna’, sebuah filem mengenai seorang wanita dengan kecantikan yang menakjubkan yang mana dia dibenci seluruh kota. Pada masa itu, dia berumur 36 tahun. Hampir setiap filem Monica telah menjadi ikonik.
Di usia 51 tahun, Monica menjadi teman wanita James Bond yang paling matang dalam ‘Specter’.
- Foto – Getty
Masih Awet Muda Walaupun Selepas 50
Kata Monica, penampilan sekarang tidak mungkin berlaku kalau dirinya tidak disiplin dalam rutin penjagaan. Untuk kekal muda dan cantik, serta bertenaga, dia mengesyorkan peraturan berikut:
- Foto – Arkib Wanista
- Cuci rambut anda tidak lebih dari dua kali seminggu dan gunakan minyak zaitun sebagai pengganti masker.
- Jangan sesekali menghadkan makanan anda. Walaupun jika anda ingin kehilangan beberapa kilogram, ambil small portion dan makan lebih banyak ikan, daging dan sayur-sayuran.
- Lakukan yoga dan berenang. Latihan ini menjadikan badan anda tetap fit dan toned tanpa latihan yang berlebihan.
- Bersihkan kulit wajah anda sebelum tidur, tidak kira betapa mengantuknya anda.
“Saya membersihkan muka dan menggunakan pelembap sebelum tidur. Saya juga melakukan perkara yang sama setiap pagi, menggunakan losyen badan setiap hari, ” katanya pada Vogua Arabia.
- Foto – The Stage
Apabila kita memikirkan gambaran kecantikan Itali yang abadi, nama Monica Bellucci muncul. Dia melambangkan kecantikan Itali dengan sempurna.