Antara kawan dan isteri, suami lebih pentingkan kawan?
Kadang-kala si isteri boleh naik angin juga dengan sikap si suami yang dilihat lebih pentingkan kawan mereka berbanding diri mereka sendiri.
Ya lah mana tidaknya, jika ada sesuatu yang nak dibincangkan atau ada perkara menarik pasti suami mereka akan mencari kawan mereka hingga sang isteri merasakan diri mereka seolah-olah kurang penting berbanding kawan suami mereka sendiri.
Tapi betul ke orang lelaki ini walaupun dah kahwin akan lebihkan kawan mereka sendiri daripada isteri tercinta, nak tahu sama ada betul atau tidak jom semak di bawah!
Bagi Suami Isteri Tetap Harta Terpenting Dalam Hidup Mereka
- Foto – TRFM
Dalam perbincangan di Quora, rata-rata ramai yang berkongsi pendapat bahawa walau seramai mana dan serapat mana pun diri mereka dengan kawan-kawan mereka, ia tidak sama dengan isteri mereka.
Kerana dalam hati sang suami, isteri mereka adalah harta yang terindah dan terpenting dalam hidup mereka. Mungkin ada kala cara mereka seperti mementingkan kawan berbanding isteri, tapi sebenarnya isteri adalah insan terpenting dalam hidup mereka.
Ada Perkara Selesa Dikongsikan Bersama Kawan
Meski isteri adalah insan terpenting dalam hidup mereka, tapi ada sesetengah perkara lebih selesa dan sesuai dikongsikan bersama kawan seperti hal kerja dan hobi.
- Foto – Ask Men
Tetap Curi Peluang Lari Mengeteh Bersama Kawan
Okay ada juga jenis suami walaupun dia sayangkan isteri tapi itu tak bermakna sang suami sanggup duduk rumah dan berperang dengan anak-anak.
Justeru itu, mereka tetap akan cuba curi peluang untuk lari mengeteh bersama kawan dan biarkan isteri melayan karenah anak di rumah.
- Foto – Google
Family’s Man Tahu Mana Lebih Penting
Bagi orang lelaki yang jenis family’s man, mereka yang tergolong dalam kategori ini tentunya lebih pentingkan isteri dan anak dan akan menghabiskan masa bersama insan tersayang.
Kalau keluar bertemu dengan kawan, mereka akan bawa isteri dan anak keluar bersama dari berjumpa dengan kawan berseorangan.
- Foto – The Balance
Jadi pokoknya disini adalah sang isteri sendiri kena tahu sang suami adalah individu jenis yang macam mana, kalau si dia jenis family’s man alhamdulillah syukur kerana si dia adalah jenis begitu.
Tapi kalau suami jenis sayang isteri tapi kurang mahu meluangkan masa bersama keluaga, mungkin kamu patut berbincang dari hati ke hati bersama suami supaya sang suami tahu isi hati kamu.
Bukan apa kadang-kala orang lelaki ini harus diberitahu, kalau tidak memang mereka tidak faham kesukaran yang kamu lalui.