Tiada saat yang lebih indah buat wanita melainkan mendapat berita gembira menjadi seorang ibu, bagi wanita menjadi seorang ibu adalah harta yang paling berharga sekali.
Mengandungkan zuriat tercinta dengan penuh kasih dan sayang, tetapi setiap pengorbanan seorang ibu pastinya terdapat episod-episod perit harus dilalui semasa mengandung.
Berikut adalah penyakit-penyakit yang sering dialami oleh wanita semasa mengandung.
Preeclampsia
- Foto – First Cry Parenting
Merupakan masalah komplikasi tekanan darah tinggi dan kerosakan organ seperti buah pinggang, yang biasanya berlaku selepas minggu ke-20 kehamilan.
Ibu mengandung akan menghadapi simptom kaki dan tangan bengkak, nafas menjadi pendek, sakit kepala dan kurang membuang air kecil dari biasa.
Peripartum Cardiomyopathy
- Foto – Healthline
Penyakit ini pula berlaku kerana masalah jantung yang lemah, hal ini berlaku kerana perubahan fisiologi semasa fasa kehamilan membuatkan salur darah menjadi membesar dan membuatkan jantung harus bekerja lebih kuat dari biasa.
Ibu mengandung akan mengalami simptom seperti kaki dan tapak kaki mula menjadi bengkak dan juga masalah nafas pendek.
Parvovirus B19 @ Fifth Disease
- Foto – Women Mental’s Health
Penyakit Parvovirus B19 atau juga dikenali sebagai Fifth Disease ini sebenarnya merupakan penyakit ruam tahap sederhana, penyakit ini jarang berlaku kepada ibu mengandung tetapi ia berpotensi untuk muncul semasa diawal kehamilan.
Kemurungan Dan Gangguan Emosi
- Foto – Allina Health
Semasa sepanjang kehamilan, wanita akan menghadapi masalah gangguan emosi dan kemurungan berserta dengan anxiety.
Hal ini berlaku disebabkan banyak faktor seperti tertekan dengan perubahan bentuk badan, kurang tidur dan masalah lain yang mengusutkan fikiran.
Diabetes
- Foto – Successible Life
Semasa melalui fasa kehamilan ini, wanita terdedah dengan penghasilan tekanan gula dalam darah yang tinggi. Untuk mengelakkan dari menghadapi masalah ini, ibu mengandung perlu mengikuti diet pemakanan yang ketat semasa mengandung.
Wanita yang mengandung perlu menjaga kesihatan mental dan fizikal, menjaga pemakanan dan juga maintain gaya hidup yang baik supaya dapat mengelakkan diri dari terkena sebarang penyakit semasa kehamilan.