Contact lenses memang memudahkan bagi sesetengah orang yang berkaca mata. Mudah untuk digayakan dan selesa, tetapi adakah anda lakukan beberapa habit buruk ini? Jika ada, baik anda hentikan kerana ia boleh memberikan masalah kepada mata!
#1 Tidur Dengan Contact Lenses
Kebanyakkan contact lenses tidak dispesifikkan pemakaiannya untuk semalaman. Bagi yang hanya memerlukan pemakaian untuk beberapa jam sahaja, elakkan daripada tidur dengan memakai contact lenses.
Ini kerana jumlah oksigen yang memasuki mata akan menjadi terhad dan dapat menyebabkan kekeringan, jangkitan mata, bisul kornea dan boleh jadi buta!
#2 Pakai Ketika Mata Berwarna Merah
Mata menjadi berwarna merah mungkin merujuk kepada beberapa gejala seperti alergik, jangkitan mata conjunctivities (mata berwarna merah jambu) atau keletihan mata.
Walau apa pun penyebabnya, anda dinasihati untuk tidak memakai contact lenses selama beberapa hari untuk mengelakkannya daripada menjadi lagi teruk.
#3 Guna Air Paip
Jangan bersihkan contact lenses menggunakan air paip. Risiko untuk bakteria berada di contact lenses sangat tinggi, dan jika anda memakainya selepas itu mata anda berkemungkinan untuk dijangkiti.
Guna larutan pembersih yang spesifik untuk membersih dan merawat contact lenses daripada dijangkiti.
#4 Pakai Semasa Mata Kering
Selain mata tidak menjadi selesa, ia juga akan merosakkan permukaan mata. Dalam jangka masa yang panjang, pemakaian yang berterusan akan menyebabkan corneal vascularisation atau corneal decompensation.
#5 Guna Air Liur
Mulut dan air liur kita sememangnya penuh dengan bakteria. Jadi anda sesekali jangan menggunakan air liur sebagai pengganti larutan pembersih contact lenses kerana ia tidak memberikan penyelesaian untuk elak daripada kuman tetapi air liur akan lebih memudaratkan mata anda.
#6 Beli Dalam Talian Tanpa Preskripsi
Memang ramai yang menjual contact lenses dalam talian malah jauh lebih murah daripada kedai-kedai pakar mata. Risiko untuk mata anda rosak akibat pembelian dalam talian sangat tinggi.
Preskripsi yang sah, membolehkan contact lenses diguna dalam tempoh satu sehingga dua tahun penggunaan bergantung kepada keadaan mata.
#7 Tidak Membersihkan Bekas Contact Lenses
Bakteria boleh berkumpul di dalam bekas dan bawah penutup yang berpotensi untuk merosakkan contact lenses. Bersihkan bekas dengan teliti iaitu gosok menggunakan larutan pembersih contact lenses dan lap menggunakan tisu.
#8 Tamat Tempoh
Elak daripada menggunakan contact lenses yang telah tamat tempoh. Jika anda masih lagi menggunakannya, anda berpotensi untuk jangkitan kornea. Dalam pada masa yang sama, mata anda akan mengalami reaksi alergi atau imun. Jadi bila dah tamat tempoh, jangan simpan dan pakai tetapi buang.
#9 Kongsi
Cross-infections boleh terjadi kalau anda berkongsi contact lenses dengan rakan anda. Jangan sesekali kongsi walaupun ingin berjimat kerana kesihatan mata lebih penting.
#10 Elak Jumpa Ophthalmologist
Segera berjumpa dengan ophthalmologist jika anda mula berasa sakit, tak selesa, kemerahan atau masalah penglihatan. Jangan melambatkan atau tidak berjumpa langsung. Lebih cepat berjumpa, lebih cepat ia ditangani.
Anda yang mempunyai bad habits ketika memakai contact lenses, jangan ulangi perbuatan ini jika sayang akan mata anda. Jika terjadi sesuatu, ia akan menjadi susah untuk dirawat. Selamat beramal!