Jangan sesekali kamu skip sarapan pagi. Bila kamu mengambil sarapan pagi dengan sejumlah nutrisi yang betul, nescaya hari kamu akan lebih bertenaga dan ceria.
Sarapan yang berkualiti dan enak dapat meningkatkan mood kamu dan mencegah kemurungan. Jadi, kamu harus mengetahui apa yang patut dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan untuk sarapan.
Mentega Kacang
Roti bakar adalah pilihan terbaik. Tapi jangan disapu dengan mentega. Mentega mengandungi lemak yang membantu memproses vitamin, tetapi juga mengandungi banyak lemak tepu yang boleh menyebabkan kerosakan pada jantung dan juga kenaikan berat badan.
- Foto – food.com
Sebaliknya, sapu mentega kacang ke atas roti bakar. Kajian mendapati bahawa mentega kacang yang tulen dapat membantu kamu merasa kurang lapar pada siang hari, kerana meningkatkan pengeluaran peptida YY, hormon yang mengatur rasa lapar, yang menjadikannya sarapan terbaik untuk memulakan hari kamu.
Jangan Ambil Cereal Tapi Oatmeal
Cereal sarapan yang paling popular mengandungi sejumlah besar gula yang kemudian menjadi lemak perut.
- Foto – healthy eating
Jadi, bertukar kepada oatmeal bebas gula yang mengandungi jumlah serat yang sihat dan hampir tidak ada gula. Mengurangkan pengambilan gula pada waktu pagi dapat membantu kamu mengelakkan rasa letih pada waktu tengah malam.
Low-Fat atau Full-Fat Yogurt
Ramai memilih yogurt tanpa lemak untuk sarapan pagi. Malangnya, ia sering mengandungi banyak gula untuk menambah rasa dan protein yang sedikit.
- Foto – Health Magazine
Kajian menunjukkan yogurt penuh lemak membantu menurunkan berat badan. Pengambilan protein pada waktu pagi dapat membantu kamu merasa kurang lapar pada siang hari, di mana itu ada dalam yogurt penuh lemak. Ambil yogurt penuh lemak tanpa gula.
Buah-Buahan Segar
Sebahagian besar jus buah yang kamu beli di pasaran mengandungi gula sama seperti minuman soda. Menjadikannya salah satu pilihan terburuk untuk sarapan. Ia juga tidak mengandungi serat.
- Foto – Well Good
Cari alternatif dengan makan buah biasa yang segar. Ini adalah kaedah yang baik untuk mengaktifkan sistem pencernaan kamu pada waktu pagi.
Say No To Frozen Pancakes, Waffles
Walaupun senang disediakan, tapi kebanyakan penkek dan wafel sejuk beku mengandungi karbohidrat halus. Ia tidak semestinya buruk, tetapi karbohidrat halus boleh membuat kamu merasa lapar pada siang hari. Ia juga mengandungi sedikit serat dan banyak lemak trans yang bahaya bagi kesihatan.
- Foto – Kuali.com
Daripada makan penkek atau wafel, gantikan dengan roti bakar penuh. Pastikan kamu memilih wholemeal dan bukannya roti putih.
Selamat Beramal!