Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Info Menarik

McKamey Manor Rumah Hantu Paling Seram Di Dunia Boleh Bikin Sakit Jantung!

by Mas Idayu
October 30, 2020
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pernah dengan rumah hantu McKamey Manor di San Diego?

Kalau nak tahu McKamey Manor ini mendapat gelaran rumah hantu yang paling seram di dunia, ini bukan sekadar gosip-gosip atau khabar angin yang di buat-buat. Tetapi ianya nyata dan disahkan oleh mereka yang sudah memasuki rumah hantu ini.

Kena Sain 40 Muka Surat Aku Janji Baru Boleh Masuk Rumah Hantu

Foto – The Sun

Rumah hantu MyKamey Manor ini memang bukan rumah hantu biasa-biasa, individu yang nak masuk ke dalam rumah hantu ini perlu menandatangani surat ikrar atau aku janji sebelum dibenarkan masuk ke dalam rumah hantu tersebut.

Apa yang mengejutkan adalah, surat ikrar atau aku janji ini mempunyai 40 helai muka surat yang harus ditandatangani oleh individu yang ingin masuk ke dalam rumah hantu ini.

10 Jam Kena Lalui Pemeriksaan Latar Belakang

Foto – The Guardian

Selain harus menandatangani 40 muka surat ikrar atau aku janji, mereka yang ingin masuk ke dalam rumah hantu ini juga harus menjalani pemeriksaan latar belakang selama 10 jam.

Dan dalam tempoh 10 jam ini peserta harus menjalani pemeriksaan fizikal dan mental sambil diselia oleh doktor, baruslah dibenarkan untuk memasuki rumah hantu ini.

Berpotensi Menyebabkan Serangan Jantung Dan Kematian Jika Hati Tak Kuat!

Foto – The Guardian

Meski peserta yang ingin memasuki rumah hantu ini perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan latar belakang yang agak ketat, tetapi ianya proses yang wajib dilalui kerana ketakutan yang bakal dialami oleh peserta berpotensi menyebabkan serangan jantung atau mungkin kematian berlaku!

Bukan Setakat Seram, Ia Juga Rumah Hantu Yang Menyakitkan

Foto – The Guardian

McKamey Manor sememangnya bukan rumah hantu biasa, untuk memberi pengalaman ketakutan tahap maksimum kepada peserta.

Dalam surat aku janji dan ikrar yang harus ditandatangani oleh peserta, dalam muka surat yang terakhir peserta akan melalui pengalaman ngeri dan menyakitkan seperti:

  • Kemungkinan gigi akan tercabut
  • Mungkin akan dicacah tatu
  • Kuku jari mungkin akan ditarik keluar
  • Dikebumikan hidup-hidup dalam keranda
  • Kena berenang dalam sistem terowong dengan kapasiti udara yang kurang
  • Dipijak dan makan muntah sendiri
  • Pelbagai aksiden lain
  • Dan paling dahsyat berlaku kematian

Hanya Yang Berani Dan Betul-Betul Bersedia Mental Dan Fizikal Boleh Cuba!

Sumpah bukan calang-calang rumah hantu McKamey Manor ini, setiap bahagian dalam rumah agam menawarkan pengalaman yang berbeza dan mengerikan.

Foto – McKamey Manor
Foto – The Independent
Foto – Du Clarion

Ada yang berani nak cuma masuk rumah hantu ekstrem dan paling seram di dunia ini?

Rujukan: 1, 2, 3,

Tags: McKamey ManorMcKamey Manor San DiegoPengalaman Ngeri Di McKamey Manorrumah hantuRumah Hantu McKamey ManorRumah Hantu MenyakitkanRumah Hantu Paling Seram Di Dunia
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - IG @fauziahnawi
Info Menarik

Usahawan Dato Sri Mahadi Kongsi Doa Mustajab Kalau Terjaga Antara Jam 3 Ke 4 Pagi

by IamLisa
January 5, 2022
0

"Pernah tak kamu terbangun daripada tidur antara jam 3 ke 4 pagi? Apa yang kamu buat? Elakkan tidur semula tapi...

Baca Lagi
Foto - Astro Awani
Info Menarik

4 Sebab Kenapa Masalah Buli Dalam Asrama Tak Pernah Nak Hilang

by Opie Azizlan
January 3, 2022
0

Kes buli dalam negara tidak lagi asing apabila setiap tahun pasti ada kes buli yang dilaporkan. Kes-kes ini kebiasaannya melibatkan...

Baca Lagi
Foto - Oh Malaysia Ku (FB) / Twitter
Info Menarik

“Kena Hanyut Pun Tak Rosak”- Tupperware Jenama Kalis Banjir, Netizen Kongsi Isi Dalam Bekas Masih Elok!

by Opie Azizlan
December 29, 2021
0

Patutlah mak-mak sakan mengamuk dan naik angin bila bekas Tupperware mereka hilang, rupanya ada banyak kelebihannya yang ramai tak tahu....

Baca Lagi
Foto - Mengaji Online
Info Menarik

“Musnah & Hancur Akibat Banjir” – Ini Cara Melupuskan Al-Quran Dengan Betul

by IamLisa
December 23, 2021
0

Musibah banjir menyaksikan banyak barangan rosak, tidak terkecuali kitab suci Al-Quran. Namun Al-Quran tidak boleh sewenangnya dilupuskan begitu. Ia mempunyai cara...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.