Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Jualan Buku Big Bad Wolf akan mengadakan Jualan Buku Terbesar di Dunia secara dalam talian. Bermula dari 4 sehingga 11 November 2020, Big Bad Wolf akan melancarkan platform e-dagang baharunya dengan menawarkan lebih daripada 20 juta buah buku dan 40,000 judul semasa jualan tersebut.
Para pencinta buku berpeluang menikmati buku-buku yang berkualiti baharu dan mendapatkan penjimatan sehingga 90% daripada harga yang sebenar. Dalam hanya satu laman web, tak mengira golongan muda atau tua, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai judul seperti novel, buku perniagaan, atau koleksi buku kanak-kanak.
Walaupun COVID-19 masih lagi melanda di seluruh dunia, Big Bad Wolf telah muncul dengan solusi yang melibatkan keselamatan dan kesihatan dua pihak iaitu pekerja dan pelanggan. Jacqueline Ng, Pengasas Bersama Big Bad Wolf Books mengatakan keselematan pekerja dan pelanggan sangat penting dan pandemik yang melanda tidak mematahkan semangat mereka.
“Melalui platform e-dagang baharu kami, semua pembaca di Malaysia boleh membeli buku di Jualan Buku Big Bad Wolf di mana jua dengan selamat”, ujarnya.
Jualan buku ini menawarkan pelbagai promosi mengikut kategori seperti Horrible Books, White Star Classic Fairy Tales, Magical Books Deal dan lain-lain lagi.
Penghantaran percuma hanya diberikan kepada pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM180 serta tawaran diskaun sebanyak RM5 dengan pembelian minimum sebanyak RM80 atau diskaun 10% daripada jumlah bil dengan pembelian minimum sebanyak RM300 tertakluk pada terma dan syarat.
Bagi pelanggan di Sabah dan Sarawak, mereka juga akan menikmati diskaun sebanyak 30% dari kos penghantaran tanpa perbelanjaan minimum.
Untuk maklumat terkini mengenai Big Bad Wolf Online Book Sale di Malaysia, anda boleh layari laman web rasmi atau di Facebook dan Instagram.