Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

5 Keburukan Gula Putih Boleh Jejaskan Kesihatan Kamu

by Mas Idayu
October 28, 2020
6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Selalu mengambil banyak sangat gula putih dalam minuman mahupun makanan, akan memudaratkan kesihatan diri. Sebab itu, ramai pakar nutrisi menasihati agar kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan kerana ia boleh memberi kesan yang tidak baik pada kesihatan diri.

Berikut beberapa aspek keburukan pengambilan gula putih dan kehidupan harian kamu.

#1 Tubuh Miliki Tenaga Berlebihan

Foto – Nutrishatives

Tahukah kamu jika mengambil gula secara berlebihan boleh menyebabkan pengumpulan tenaga berlebihan dan tenaga tersebut tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Kerana kamu sendiri tidak mempunyai kerja harian yang berat, atau melakukan aktiviti mengeluarkan peluh bagi membakar tenaga tersebut.

#2 Berat Badan Naik

Foto – New Dimensions Fitness

Tubuh yang memiliki terlalu banyak tenaga menerusi pengambilan gula yang banyak dan kerap akan membuatkan tubuh mengalami peningkatan berat badan.

Hal ini boleh berlaku kerana kesan pengambilan gula dalam tempoh jangka masa panjang dan menyebabkan masalah obesiti berlaku.

#3 Berisiko Menghidapi Penyakit Kronik

Foto – Google

Bagi yang tak boleh tinggal minuman dan makanan dengan kombinasi gula, ia boleh menyebabkan tubuh berpotensi menghadapi penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

#4 Masalah Gigi Rosak

Foto – Artistic Touch Dentistry

Gula juga penyebab kenapa masalah gigi rosak sering berlaku dek kerana pembentukan karies gigi. Justeru itu, pengambilan gula harus dikurangkan jika tidak mahu masalah gigi rosak berlaku.

#5 Tinggi Kalori

Foto – Live Science

Tahu tak satu sudu teh gula mengandungi 20 kilo kalori, bayangkan itu baru satu sudu teh kecil. Kalau hari-hari dalam minuman atau makanan kamu letakkan tujuh sudu teh gula, ia persamaan dengan memakan 140 kilo kalori.

Jadi tidak hairanlah tubuh kamu mengandungi jumlah kalori yang tinggi, dan itu belum lagi kalori dari sumber makanan berlemak dan berminyak yang lain.

Foto – The Week

Sebab itu tak boleh sewenang-wenangnya mengambil gula secara kerap dalam minuman dan makanan, bagi yang jenis sukakan air manis dan makanan manis sudah tiba masanya untuk kamu belajar mengawal diri kalau nak kekalkan kesihatan untuk jangka masa panjang.

Rujukan

Tags: Gula PutihGula Putih Punca PenyakitJangan Ambil Gula BerlebihanKeburukan Gula PutihKesan Ambil Gula Putih BerlebihanPenyakit KronikTak Bagus Ambil Gula Berlebihan
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Good+Well
Gaya Hidup

Selena Gomez Buat Collab Keluarkan Perkakas Dapur Masak!

by Iza B
May 21, 2022
0

Selepas kejayaan dengan Rare Beauty, Selena Gomez mengorak langkah dengan kolaborasi baru bersama usahawan Shiza Shahid iaitu koleksi alatan memasak...

Baca Lagi
Foto - Showbiz.net
Kecantikan

Kena Jaga Bentuk ‘Apple Cheek’ Baru Nampak Muda!

by Iza B
May 21, 2022
0

Mereka yang mempunyai tulang pipi yang tinggi ‘high cheekbones’ sering dianggap selaras dengan standard kecantikan dunia. Senang kata mereka diraih...

Baca Lagi
Foto - Editorialist
Kecantikan

Pakai Lipstick Nude Macam Ini Agar Tak Nampak Pucat

by IamLisa
May 20, 2022
0

Siapa dekat sini sukakan gincu nude berbanding rona yang lain? Dalam melakukan aktiviti seharian, gincu bibir nude menjadi produk mekap yang...

Baca Lagi
Foto - meeth
Kecantikan

Eksklusif: meeth, Kosmetik Mewah Dari Jepun Dibuat Untuk Para Ibu

by IamLisa
May 20, 2022
0

Kamu sedang bekerja di rumah atau pejabat? Memandangkan kita beransur-ansur mula kembali ke tempat kerja, tetapi masih ada kaum ibu...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.