Pernah mempunyai berat badan sebanyak 45 kilogram, Mia Kang, seorang model pernah menjadi mangsa apabila seorang pencabul mengikutinya dalam senyap di Milan.
Berbeza dengan 14 tahun yang lalu, kini Mia tampil lebih sihat dan kuat dengan seni bela diri, Muay Thai yang membuatkannya lebih bersemangat dan confident dengan dirinya.
“Saya berjalan dengan penuh keyakinan di mana ia membuatkan saya berasa seperti orang lain. Berbanding sebelum ini, saya tidak yakin dan mudah takut disebabkan fizikal saya dan kekuatan diri”, ujar Mia.
Disebabkan anorexia yang dihadapinya, Muay Thai telah menyelamatkan dirinya. Jika tidak disebabkan itu, Mia mengalami eating disorder dan kemurungan.
Ketika mula menemui Muay Thai pada 2016, Mia pada awalnya memenangi pertandingan Sports Illustrated Swimsuit. Dalam pertandingan tersebut, dia menahan lapar untuk menyesuaikan diri dalam pakaian yang diberikan oleh pelangan fesyen berprofil tinggi.
Hanya cecair diet, penggunaan julap dan rokok telah mempengaruhi Mia pada ketika itu sehingga mempunyai niat untuk membunuh diri.
“Percutian 10 hari di Thailand telah mengubah saya. Saya melihat sekumpulan pejuang Muay Thai beraksi dan saya ingin mencubanya. Dengan itu saya telah mengambil masa selama 6 bulan di Koh Samui”, ujarnya.
Mia berasa mustahil untuk bertarung tanpa mengubah tabiat makanannya. Kini berat badanya lebih stabil apabila mengamalkan gaya hidup yang sihat dan makan makanan yang seimbang, “Apabila saya makan makanan seimbang dan gaya hidup yang lebih baik berbanding dahulu, saya dapat melakukan aktiviti fizikal setiap hari”.