Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Wanita Pun Alami Mimpi Basah, Bukan Lelaki Saja

by Mas Idayu
October 27, 2020
599
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Eh, mimpi basah bukan ke lelaki saja yang alaminya, wanita pun boleh mimpi basah juga ke?”

Ya, wanita juga boleh mengalami mimpi basah tapi apa yang menyebabkan wanita melaluinya? Kerana biasanya mimpi basah ini selalu dikaitkan dengan orang lelaki saja.

Ini beberapa aspek yang perlu wanita tahu mengapa boleh berlakukannya mimpi basah dikalangan wanita.

#1 Jarang Berlaku, Tapi Tak Mustahil

Mimpi basah sangat jarang berlaku pada wanita, tapi ia tetap boleh berlaku. Menurut kajian terbitan ‘The Journal of Sex Research’ terdapat 37 peratus wanita pernah mengalami mimpi basah.

Mimpi basah ini berlaku kerana aktiviti seksual bersama pasangan antara, punca mimpi basah ini berlaku kepada wanita.

Foto – Gentside

#2 Miliki Kehidupan Seks Yang Sihat Potensi Besar Mimpi Basah

Jangan terkejut kerana wanita yang mimpi basah sebenarnya memiliki aktiviti seksual yang sihat, kerana lagi sihat dan bahagia kehidupan seksualiti wanita bersama pasangannya, maka potensi untuk mengalami mimpi basah adalah tinggi.

Foto – Netmums

#3 Rasa Terangsang Sebelum Tidur

Wanita juga boleh mengalami mimpi basah kerana berasa terangsang secara seksual sebelum tidur, dek kerana rasa rangsangan tersebut boleh terbawa-bawa ke alam mimpi.

IKLAN

Ianya boleh berlaku ketika peringkat tidur dalam situasi REM (Rapid Eye Movement), waktu ini aliran darah akan meningkat pada bahagian pelvik dan otak sekaligus lalu menyebabkan tubuh badan berasa terangsang secara seksual semasa tidur.

Foto – Glamour

#4 Emosi Tidak Stabil

Selain itu, masalah emosi yang tak stabil juga boleh membuatkan wanita mengalami mimpi basah, tak kira emosi terlalu gembira, sedih, atau tertekan ia boleh menyebabkan kadang-kala wanita mengalami mimpi basah.

Foto – Elite Daily

#5 Posisi Tidur

Dalam kajian terbitan ‘Journal Dreaming’ pada tahun 2012, mendapati bahawa posisi tidur juga boleh menyebabkan wanita mengalami mimpi basah.

Seperti contoh jika wanita baring secara terlentang boleh menyebabkan bahagian klitoris menerima lebih banyak sentuhan dengan tempat tidur hingga merangsang keghairahan seks wanita.

Foto – Good To Know

Sehingga kini ramai penyelidik tetap mengumpul data bagi menyiasat misteri faktor apa lagi yang boleh menyebabkan berlakunya mimpi basah terhadap wanita.

Jadi kalau kamu mengalami mimpi basah jangan terkejut kerana ianya fenomena biasa dan normal, kerana banyak faktor boleh menyebabkan kamu mengalami mimpi basah itu.

Rujukan: 1, 2, 3, 4,

Tags: Kenapa Wanita Mimpi BasahMimpi BasahPunca Wanita Mimpi BasahWanita Alami Mimpi BasahWanita Juga Mimpi Basah
Share240SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

February 16, 2021
Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

December 23, 2020
Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

October 28, 2020
Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

October 27, 2020
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

  3. 3

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.