Ibu bapa sentiasa ingin berikan yang terbaik untuk anak-anak, tapi kadang-kala apa yang kita sangka bagus untuk anak-anak sebenarnya merosakkan hidup mereka.
Ini beberapa kesilapan mendidik anak yang sering dilakukan oleh ibu bapa masa kini.
#1 Menghukum Anak Di Depan Orang Lain
- Foto – Arkib Wanista
Ibu bapa tak sedar yang anak-anak juga mempunyai nilai kesedaran yang tinggi dalam diri mereka, dan apabila ibu bapa memarahi anak di depan rakan-rakan mereka yang lain ia akan memberi kesan buruk pada keyakinan diri anak-anak.
#2 Kerap Memarahi Anak
- Foto – Quick And Dirty Tips
Ya setiap ibu bapa mempunyai had kesabaran masing-masing, tetapi dengan anak-anak ibu bapa perlu 200 peratus lebih banyak bersabar dan bukannya kerap melepaskan rasa amarah pada anak.
Ya anak-anak akan melakukan kesilapan, tapi memarahi anak dengan kerap bukan cara terbaik untuk mendidik mereka.
#3 Sering Terlepas Peluang Bersama Anak Di Saat Penting
- Foto – Huffpost
Tahu tak anak akan mengingati apa yang ibu bapa lakukan dan tidak lakukan untuk mereka, dan jika kamu adalah jenis ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya hinggakan tiada masa bersama anak.
Maka jangan terkejut bila anak dah besar nanti, mereka tak rapat dengan ibu bapa mereka sendiri.Ya lah, di saat-saat penting dalam hidup mereka ibu bapa sering tiada di sisi akan membuatkan anak berasa jauh dengan ibu bapa sendiri.
#4 Tidak Beri Anak Bermain Secara Kreatif
- Foto – Nursery World
Kadang-kala ibu bapa mengaggap permainan yang normal dan biasa sudah cukup untuk memuaskan kreativiti anak-anak, tapi malangnya ianya adalah tidak benar sama sekali.
Bermain permainan yang kreatif dan invatif merupakan cara untuk merangsang daya berfikir bagi tumbesaran anak, jadi jangan sekat anak-anak untuk bermain permainan yang menyeronokan.
#5 Jarang Mengambil Gambar Dan Video Keluarga Bersama
- Foto – Understood
Mengambil gambar dan video bersama keluarga adalah salah satu cara berkomunikasi antara ibu bapa dan anak-anak.
Tapi kalau ibu bapa sibuk dengan hal lain hinggakan nak luangkan masa untuk bergambar bersama keluarga, ianya boleh memberi pengaruh pada konsep pemikiran anak yang menyangka ibu bapa tidak begitu mementingkan keluarga dan diri mereka (anak).
#6 Tidak Mengambil Berat Terhadap Pandangan Anak
- Foto – Google
Ibu bapa sering menganggap pandangan mereka adalah yang terbaik dan betul untuk anak-anak mereka, tapi sedar tak bahawa anak-anak juga mempunyai pandangan mereka sendiri dan mahu ibu bapa beri perhatian serta mendengar pandangan mereka juga.
#7 Ibu Bapa Kurang Berkomunikasi Dengan Anak
- Foto – Girl Style
Dalam dunia ini pelbagai jenis perangai ibu bapa wujud, ada yang tak suka berkomunikasi dengan anak-anak mereka sendiri kerana menganggap anak-anak sepatutnya sudah matang.
Walhal tidak kira anak sudah berusia atau masih kecil, komunikasi merupakan cara untuk merapatkan hubungan dan dengan berkomunikasi dengan keraplah baru ibu bapa tahu cara mana yang sesuai untuk mendidik anak dan bukan sebaliknya.
#8 Tidak Mengajar Anak Tentang Nilai Duit
- Foto – Google
Ada juga ibu bapa yang membiarkan anak berbelanja sesuka hati dan memanjakan mereka dengan membeli mainan, pakaian dan aksesori mahal. Dan anak-anak membesar tanpa mengenai erti sebenar nilai duit dan suka melakukan pembaziran.
#8 Tidak Membuatkan Anak Berasa Gembira
- Foto – Google
Ibu bapa yang jarang meluangkan masa bersama dan keluar beriadah di hujung minggu, akan membuatkan anak-anak mengingati memori zaman kanak-kanak mereka yang kosong tidak seperti orang lain.
Ibu bapa perlu meluangkan masa keluar berlibur bersama anak-anak untuk membuatkan anak-anak gembira, dan bukannya mengabaikan mereka.
#9 Kurang Memeluk Anak
- Foto – Today’s Parent
Ada juga ibu bapa yang jenis tak tahu nak tunjukan kasih sayang pada anak-anak mereka sendiri, tapi tak kan tak tahu nak beri pelukan pada anak?
Dengan kerap memeluk anak, anak-anak dapat merasai betapa ibu bapa mereka sebenarnya sangat menyayangi diri mereka. Jadi selepas ini, rajin-rajinlah peluk anak ya!
#10 Tidak Menunjukan Contoh Yang Baik
- Foto – Google
Ibu bapa mahu anak-anak mereka menjaga tingkah-laku yang baik dan mematuhi peraturan yang ibu bapa telah tetapkan.
Tapi adakah ibu bapa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan itu? Kalau mahu anak-anak menjadi baik, jadi ibu bapa harus menunjukan contoh dan teladan yang baik juga.
Jadi di harap ibu bapa di luar sana akan beri perhatian terhadap perkara ini, supaya tidak anak-anak menjadi individu yang baik dan zaman tumbesaran mereka juga dikelilingi gelak ketawa bersama ibu bapa tersayang.