Jumlah tenaga dalam makanan atau minuman akan diukur dalam kalori. Apabila kita makan dan minum secara berlebihan, badan kita akan menyimpan lebihan tersebut sebagai lemak. Jika berterusan, tidak mustahil berat badan boleh bertambah.
Untuk mengetahui nilai kalori bagi seseorang individu, nilaiya berbeza bergantung kepada usia, aktiviti fizikal dan beberapa faktor lagi.
Berapa banyak kalori yang perlu makan?
Badan kita memerlukan tenaga untuk hidup dan membuatkan organ berfungsi dengan normal. Jumlah kalori yang diperlukan bergantung kepada pelbagai faktor seperti berat badan, umur, jantina dan seberapa aktif anda secara fizikal.
Bagi mengekalkan berat badan yang stabil, tenaga yang diperolehi oleh badan mesti sama dengan tenaga yang dihabiskan melalui fungsi badan dan aktiviti fizikal yang normal. Penting dalam diet yang sihat adalah memakan jumlah kalori yang tepat, mengimbangi tenaga yang anda masukkan ke dalam badan dengan tenaga yang anda gunakan.
Secara purata, lelaki memerlukan sebanyak 2500kcal (10500kJ) sehari untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan wanita memerlukan sebanyak 2000kcal (8400kJ) sehari. Jika anda dalam proses menurunkan berat badan, sekurang-kurangnya anda perlu membuang sebanyak 0.5kg sehingga 1kg seminggu untuk mencapai berat yang ideal selari dengan ketinggian.
Menggunakan kalkulator anda boleh mengetahui sama ada berat badan anda ideal dan jumlah kalori.
- BMI [Tekan Sini]
- Kalkulator Kalori [Tekan Sini]
Berapa banyak yang anda makan?
Sebilangan besar daripada kita mengambil jumlah makanan dan minuman lebih banyak daripada tubuh perlukan dan sering berfikir bahawa kita lebih aktif daripada realitinya.
Secara anggaran, orang dewasa mempunyai 200-300 kalori berlebihan daripada yang mereka perlukan setiap hari. Makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula dan lemak membuatkan kita sentiasa makan tanpa disedari.
Untuk mengubah tabiat tersebut, anda perlu menukar kepada minuman yang rendah lemak dan gula. Ketika memilih makanan dan minuman, fikirkan untuk mengurangkan saiz hidangan anda daripada kebiasaannya.
Tips
Selain mengetahui kandungan kalori yang diperlukan, anda juga boleh menukar pola pemakanan anda untuk mendapatkan berat badan yang diidamkan.
- Tukar minuman bersoda dengan versi diet iaitu rendah kalori atau tiada kalori.
- Tukarkan minuman manis kepada secawan air lemon suam.
- Ambil makanan yang tiada minyak.
- Tukar sos berkrim atau keju kepada sos berasaskan tomato atau sayur-sayuran pada hidangan anda.
- Memilih bijirin penuh, roti gandum kerana ia mengandungi serat dan nutrien
- Tukar biskut atau kek kepada biskut malt biasa atau rendah lemak
- Baca label makanan untuk memudahkan pengiraan kalori
- Lakukan aktiviti fizikal bagi menurunkan berat secara beransur-ansur.
Wanista berharap para pembaca dapat menurunkan berat badan dengan pengiraan kalori dan pengambilan makanan dalam kuantiti yang betul. Selamat mencuba!