Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Skincare Sulwhasoo Laku Keras Dan Bagus Sebab Guna Bahan Ini!

by Lisa AG
October 20, 2020
Foto - Sulwhasoo

Foto - Sulwhasoo

76
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Ada sesiapa yang menggunakan produk Sulwhasoo? Kalau anda perasan, hampir semua produk Sulwhasoo menggunakan Ginseng sebagai bahan utama.

Kenapa ginseng? Apa yang membuatkan ia istimewa di hati Sulwhasoo? Mengapa Sulwhasoo memberikan banyak tumpuan dan penyelidikan mengenai ginseng sebagai ramuan wira dan bukannya ramuan lain yang tidak kurang hebat, seperti Goji berry, Cordyceps, Red dates dan lain-lain?

Foto – WebMD

Ginseng Ramuan Terbaik Untuk Anti-Penuaan

Sulwhasoo ada juga menggunakan banyak ramuan perubatan atau bahan berasaskan tumbuhan tapi ginseng adalah tumbuhan yang sesuai untuk penuaan kulit. Ini kerana ginseng adalah tanaman terbaik untuk penyelesaian anti-penuaan yang telah dikaji oleh Sulwhasoo.

Foto – Arkib Wanista

Sulwhasoo menganalisis banyak buku, preskripsi dan kertas TCM (Traditional Chinese medicine) atau TKM (Traditional Korean Medicine) menggunakan kaedah analisis data besar seperti ‘Data-mining’.

Kemudian, Sulwhasoo memilih calon ramuan atau bahan kimia, meneliti dan mengesahkan keberkesanannya menggunakan alat bioteknologi moden.

Sebilangan besar agen aktif ginseng sukar digunakan secara langsung pada kosmetik. Biasanya tidak larut dalam air. Kerana itu, Sulwhasoo mengkaji menerusi teknologi seperti ‘GinsenisphereTM’.

Foto – Sulwhasoo

Oleh kerana sifat bahan kimia semula jadi dari herba, sukar untuk mendapatkan bahan aktif yang berkualiti dari setiap tanaman. Ini kerana ia bergantung pada cuaca dan keadaan tanaman setiap tahun ke tahun. Itulah sebabnya Sulwhasoo mengkaji penanaman ginseng yang dikawal khas, seperti hidroponik atau teknologi aerofonik.

Concentrated Ginseng Renewing Serum

Berdasarkan ini, Sulwhasoo telah menemukan “Ginsenomics TM” bahan yang sangat berkesan pada kulit, di antara 30 saponin yang terkandung dalam ginseng. Maka terlahirlah Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Serum!

Foto – Sulwhasoo

Concentrated Ginseng Renewing Serum memfokuskan pada “triple micro-targeting” melalui ramuan Ginsenomics TM, mewujudkan struktur sokongan yang tahan lasak, memperbaiki tanda-tanda kedutan dan sangat baik untuk anti-penuaan.

BACA:  Muka Macam Anak Dara, Serum Malam Ini Rahsianya?

Kesan Menakjubkan

Produk kali ini mensasarkan “Triple Micro-Targeting”, yakni:

  • Ketumpatan kulit 105% – Melindungi dan menambah semula kulit agar lebih tegang.
  • Keanjalan 103% – Menguatkan struktur kulit untuk meningkatkan ketahanan.
  • Pengurangan kedutan 17% – Memperbaiki tanda-tanda kedutan dan menguatkan pertahanan kulit terhadap rangsangan luaran.
Tekstur gel sesuai untuk semua jenis kulit. Foto – Arkib Wanista

Teknologi Sulwhasoo yang moden, membantu memperbaiki kerengsaan kulit disebabkan persekitaran luaran dan kesan anti-penuaan yang kuat. Rangkaian Sulwhasoo boleh didapati di semua butik kecantikan dan Sephora.

Info lanjut, bolek semak laman web rasmi di sini.

FILED UNDER amore pacificproduk sulwhasooskincare sulwhasoosulwhasoosulwhasoo ginsengsulwhasoo koreasulwhasoo malaysiasulwhasoo serum
Share30SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.