Dalam banyak-banyak rekod yang pernah dicatatkan oleh Guiness World Records, adalah rekod kaki terpanjang di dunia.
Tapi bukan semua manusia di lahirkan dengan kaki yang panjang, apatah lagi mampu memecahkan rekod dunia bukan?
Remaja 17 Tahun Pecah Rekod Dunia
Maci Currin yang berasal daripada Amerika Syarikat, memecahkan rekod Guinness sebagai remaja perempuan yang memiliki kaki terpanjang di dunia.
- Foto – Arkib Wanista
60 Peratus Ketinggian Diri Adalah Dari Kaki
Rasa tak salah kalau nak mengatakan remaja ini memiliki ukuran kaki hampir satu meter setengah, tatkala melihat ukuran kaki yang dicatat oleh Guinness World Records ini.
- Foto – That’s Life
Menurut apa yang di catat dalam Guinness World Records mendapati kaki sebelah kiri Maci berukuran 135.267 sentimeter (cm), dan manakala ukuran kaki sebelah kanan pula berukuran 134.3 sentimeter (cm).
Genetik Dari Keluarga
Keluarga Maci berasal daripada Cedar Park, Texas dan kebanyakan ahli keluarga dan sanak-saudara memiliki tubuh yang tinggi lampai tapi tidak setinggi Maci.
- Foto – Arkib Wanista
Bukan Mudah Jadi Remaja Berkaki Panjang
Melihat remaja yang baru saja berusia 17 tahun pasti menyimpan kisah tersendiri sepanjang tumbesarannya, dan Maci akui bahawa dirinya juga mengalami kesukaran dengan memiliki kaki yang panjang.
Maci kerap kali terlanggar ruang yang rendah dan sukar mencari pakaian yang sesuai dengan saiznya, dan semua pakaiannya adalah customize made.
- Foto – Daily Motion
Bukan itu saja, Maci juga berdepan dengan ‘pandangan’ dari orang ramai, tatkala keluar dari rumah. Selain itu, memiliki kaki yang panjang juga menyukarkan Maci untuk membawa kereta kerana ruang kereta tidak dapat menampung panjang kaki Maci.
Maci Bangkit Jadi Diri Sendiri
Maci sedar yang dirinya lain dari orang lain dan mula menerima keunikan dirinya sepenuhnya dengan tidak mengambil serius terhadap pandangan orang terhadap dirinya.
- Foto – Arkib Wanista
Bukan itu saja, Maci juga berjaya mendapat pengikhtirafan daripada Guinness World Records, sebagai remaja yang memiliki kaki terpanjang di dunia dan mengalahkan individu lain yang memegang rekod tersebut.
Cita-Cita Nak Jadi Model Profesional Yang Paling Tinggi
Dengan pengikhtirafan yang dimilikinya, Maci berhasrat untuk mendapat pengikhtirafan sebagai model profesional yang paling tinggi di dunia suatu hari nanti.
Hebat kejadian Sang Pencipta, setiap manusia mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing, dan remaja berusia 18 tahun ini antara insan yang istimewa di beri kelebihan memiliki sepasang kaki yang panjang seperti model.
Mungkin ini satu-satunya rekod luar biasa setakat ini pernah Guinness World Records, catatkan dalam sejarah!