Konsep fesyen kontemporari dan ringkas merupakan gaya fesyen digemari sepanjang zaman dan kali ini, sempena kedatangan musim luruh dan sejuk tidak lama lagi Uniqlo tampil dengan koleksi fesyen yang cukup versatil.
Gedung pakaian ternama dunia ini bekerjasama dengan pereka fesyen kelahiran Irish iaitu JW Anderson bagi menghasilkan beberapa koleksi fesyen British klasik dan kontemporari.
Gaya Klasik Kembali Semula
Gaya fesyen yang bertemakan ‘A Day In London’ menampilkan koleksi rekaan baju, seluar, skirt, muffle, jaket, beg dan kasut menggambarkan gaya fesyen British klasik yang santai.
- Foto – Uniqlo
Gabungan Warna-Warna Signature JW Anderson Yang Memikat
Dengan rekaan koleksi pakaian yang klasik dari Uniqlo ini, JW Anderson memilih warna-warna signaturenya, bagi menyerikan lagi elemen klasik dan kontemporari fesyen dengan penggunaan warna-warna seperti:
- Olive
- Navy
- Charcoal grey
- Amber
- Foto – Arkib Wanista
- Foto – Arkib Wanista
Koleksi Fesyen British Klasik Yang Menarik
Bagi yang meminati gaya-gaya kasual, kontemporari dan santai, maka fesyen yang ditampilkan oleh Uniqlo dan JW Anderson ini pasti kena dengan citarasa fesyen ringkas seperti kamu.
- Foto – Arkib Wanista
- Foto – Arkib Wanista
- Foto – Arkib Wanista
Miliki Gaya Santai Dengan Harga Yang Berbaloi
Uniqlo terkenal dengan penggunaan fabrik yang berkualiti dan money-worth, untuk koleksi fesyen British klasik dan kontemporari ini harga yang ditawarkan juga bersesuaian dan berbaloi dengan koleksi yang dikeluarkan.
Anggaran harga pakaian bagi koleksi fesyen ini bermula dari RM79.90 ke RM499.90, dan harga untuk aksesori pula bermula dari RM14.90 ke RM149.90.
Bagi yang ingin melihat fesyen Uniqlo dan JW Anderson yang lain, boleh lihat di sini dan pilih koleksi yang berkenan dengan jiwa sekarang.