Siapa kata bahagian muka saja yang perlu di jaga dengan baik?
Bahagian intim juga memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi juga, jangan ingat di bahagian peribadi wanita tak ada kedutan dan garis-garis halus seperti di muka.
Kalau tak di jaga dari awal alamatnya bukan saja bahagian intim jadi berkedut, malah ia juga boleh menjadi kering, kendur dan juga hitam!
Jangan Biarkan Bahagian Intim Berkedut & Hitam
- Foto – Arkib Wanista
Mana-mana wanita pastinya tidak sanggup melihat bahagian peribadi menjadi gelap, berkedut dan menggeleber, gara-gara tidak di jaga dengan baik.
Penjagaan bahagian peribadi wanita harus bermula dari awal, untuk mendapatkan bahagian intim yang sihat dan sekaligus meningkatkan kayakinan dalaman wanita.
Strip Pusat Penjagaan Peribadi Wanita Masa Kini
- Foto – Arkib Wanista
Jadi di mana harus kita kunjungi untuk mendapatkan rawatan dan penjagaan peribadi diri, jika mengalami masalah bahagian intim yang berkedut, kering, gelap, kusam, ada garis halus dan miliki rambut yang lebat?
Jangan risau kerana di Strip: Ministry Of Waxing ada rawatannya, yang boleh membantu menyelesaikan masalah yang kita semua alami.
Baru-baru ini penulis berpeluang merasai rawatan penjagaan bahagian intim di Strip: Ministry Of Waxing di cawangan Mid Valley, dan terus-terang penulis katakan rawatan yang dijalankan sangat berpuas hati dan berbaloi.
AFT Brazilian, Rosebud & Blackout, Rahsia Keyakinan Diri Wanita
- Foto – Arkib Wanista
Berada di Strip: Ministry Of Waxing di cawangan Mid Valley Kuala Lumpur ini, membuatkan penulis berasa teruja untuk merasai rawatan penjagaan peribadi yang ditawarkan di Strip ini.
Rawatan yang penulis jalani untuk penjagaan peribadi wanita adalah AFT Brazilian, Rosebud Vajuvenation dan Two L(I)PS Blackout Mask.
Rawatan yang penulis jalani ini adalah untuk menangani masalah kedutan dan garis halus pada bahagian intim, sekaligus membersihkan dan menenangkan kawasan peribadi wanita.
Rawatan Berbaloi Untuk Wanita
Menjalani rawatan peribadi wanita semasa pandemik ini, membuatkan penulis memberi perhatian terhadap pengurusan dan SOP di butik Strip ini.
Ikuti pengalaman penulis menjalani rawatan penjagaan peribadi wanita di Strip, di bawah.
SOP Dipatuhi
- Foto – Arkib Wanista
Apabila penulis berada dalam bilik rawatan, katil rawatan dihamparkan dengan plastik putih pakai buang bagi menjaga kebersihan dan mematuhi SOP.
Dan di atas katil disediakan kain skirt labuh untuk digunakan sebagai berkemban dan juga tuala. Manakala juru terapi juga mengenakan pelitup muka, face shield, apron plastik pakai buang dan sarung tangan bagi menjaga SOP.
Memang serba-serbi mengikuti piawaan yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di butik Strip: Ministry Of Waxing ini.
AFT Brazilian
Sebelum menjalani rawatan rosebud dan blackout, rawatan AFT Brazilian perlu dilakukan terlebih dahulu bagi membuang rambut di bahagian peribadi wanita.
- Foto – Arkib Wanista
Sebelum proses membuang rambut menggunakan teknik AFT Brazilian dilakukan, penulis diberikan tisu basah untuk membersihkan dan membasahkan bahagian rambut di kawasan peribadi.
Kemudian juruterapi mencukur rambut di bahagian intim dengan pisau cukur dan membersihkan kawasan intim, sebelum di sapu dengan gel sejuk bagi melakukan rawatan AFT Brazilian.
-
- Foto – Arkib Wanista (kiri: gel sejuk disapukan di permukaan kulit. Kanan: mesin AFT digunakan untuk rawatan)
Dalam Rawatan AFT Brazilian ini pergerakan atas dan bawah dilakukan di kawasan labia dan sekitar kawasan rambut, haba powerpac dari mesin ini mampu menggugurkan rambut dari akar.
Bagi yang ingin memiliki bahagian intim yang bersih tanpa sebarang rambut, maka rawatan AFT Brazilian adalah kaedah yang terbaik untuk kamu lakukan tanpa perlu rasa sakit.
Rosebud Vajuvenation
Selesai rawatan AFT Brazilian, penulis menjalani rawatan Rosebud Vajuvenation yang mana rawatan ini bagus untuk:
- Menganjalkan semula kulit di bahagian kelopak labia (bahagian intim).
- Menghilangkan kedutan dan garis halus.
- Meningkatkan pertumbuhan kolagen.
- Mengetatkan dan menganjalkan kulit di sekitar vulva.
- Melancarkan peredaran darah dan menghidratkan kulit.
-
- Foto – Strip: Ministry Of Waxing (Rawatan ini menggunakan mesin Thermal Vajuvenation dengan teknologi Thermal O2)
Untuk rawatan ini, juruterapi menyapu mask kolagen di sekitar bahagian intim, kemudian menggunakan mesin Thermal O2 Vajuvenation yang menggabungkan frekuensi radio, sedutan vakum dan haba lembut pada kulit di bahagian intim.
- Foto – Strip
Mesin ini dilalukan di permukaan kulit kelopak labia dan vulva dengan cara seperti facelifting selama 30 minit, semasa proses ini berlaku kedutan dan garis halus di lihat berkurangan meski baru satu sesi dilakukan.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih memberangsangkan, dan ideal adalah selama lapan sesi.
TWO L(I)PS Blackout Mask
- Foto – Arkib Wanista (TWO L(I)PS Blackout Mask)
Selesai rawatan rosebud, tibalah sesi yang terakhir iaitu Two L(I)PS Blackout Mask yang merupakan sesi memanjakan bahagian intim.
Bukan muka saja kena pakai mask, bahagian intim juga perlu memakai mask untuk memanjakan kulit bahagian intim dan memberi kebaikan pada kulit di bahagian intim seperti:
- Menyahtoksin kulit di bahagian intim.
- Menenangkan kulit di bahagian intim.
- Mencerahkan kulit di bahagian intim.
- Menghidratkan kulit di bahagian intim.
- Foto – Arkib Wanista (TWO L(I)PS Blackout Mask)
Masker ini di Blackout ini diperkaya dengan masker arang aktif, dan juga mengandungi bahan-bahan botani organik yang bagus untuk penjagaan bahagian intim wanita.
Rasai Rawatan Penjagaan Intim Dengan Pakej Yang Murah
Kini di Strip: Ministry Of Waxing mengadakan pakej eksklusif untuk wanita yang belum pernah mencuba rawatan Rosebud Vajuvenation.
Bagi yang ingin mendapatkan bahagian intim yang anjal, bersih, sihat dan tidak berkedut, Strip: Ministry Of Waxing menawarkan harga eksklusif untuk wanita yang ingin mencuba buat pertama kali dengan harga berbaloi.
- Foto – Arkib Wanista (Rasai rawatan di Strip dengan harga yang murah dan berbaloi)
Pakej Eksklusif RM88
Satu sesi rawatan Rosebud Vajuvenation yang berharga RM400 dan masker Two L(I)PS Blackout Mask yang berharga RM70, kini dihimpunkan dalam satu pakej berharga RM88 sahaja.
Manjakan diri dengan merasai pakej eksklusif di butik Strip: Ministry Of Waxing yang berdekatan, sekarang comfirm kamu akan puas hati nanti.
Hubungi Strip Call Centre mengikut cawangan di sini dan dapatkan maklumat lanjut mengenai rawatan yang ada di Strip, dengan melayari Facebook, Instagram dan laman web Strip hari ini.
Serius best buat rawatan AFT Brazilian, Rosebud Vajuvenation dan Two L(I)PS Blackout Mask ini, nak tahu apa rasanya kenalah cuba sendiri di Strip!