Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

5 Buah-Buahan Yang Elok Makan Hari-Hari

by IamLisa
October 1, 2020
7
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Ada sesetengah makanan tidak digalakkan diambil setiap hari kerana ada kesan sampingan. Tapi tidak pada sayuran hijau dan beberapa buah-buahan ini yang diakui punya nutrien dan khasiat tersembunyi, bahkan manfaat jika diambil setiap hari.

Berikut adalah buah-buahan yang elok kamu makan hari-hari.

Jambu Batu

Lemak dalam jambu batu kurang dari 1% dan merupakan antara buah terkaya dengan vitamin C. Jambu batu mempunyai kesan antioksidan yang kuat dalam sel kerana zat yang terkandung dikenali sebagai Karotenoid.

Foto – Health

Ia membantu dalam rawatan Hipertensi, kerana rendah natrium dan tinggi serat sayuran. Daunnya pula baik unruk membersihkan darah kerana meneutralkan bahan toksik dalam darah. Buah ini juga kaya dengan serta Ia juga kaya dengan serat larut yang disebut Pectin membantu menghilangkan kolesterol berlebihan.

Epal

Epal mengandungi Pectin yang membantu memudahkan pembuangan toksin dari badan. Ia juga membantu mengalkali tisu dan darah. Apabila dikunyah dengan betul, kandungan asid dalam epal membunuh kuman yang terdapat di dalam mulut.

Foto – Pinterest

Apabila diminum secara berkala, epal meningkatkan pencernaan makanan dan menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan natriumnya yang rendah.

Pisang

Pisang bagus untuk mengawal tekanan, kandungan potassiumnya membantu menormalkan degupan jantung. Ia mengandungi kira-kira 1% protein dan kaya dengan folat yang mencegah kerosakan sistem saraf janin, oleh itu ia baik untuk kehamilan.

Foto – Insider

Pisang membantu melegakan cirit-birit pada kanak-kanak dan orang dewasa. Malah mengurangkan kesan ulser dengan meneutralkan keasidan berlebihan jus gastrik yang dihasilkan di dalam perut.

Tembikai

Foto – Health

Tembikai mengandungi serat, air, protein, vitamin A, B, C, yang diperlukan untuk ketahanan terhadap jangkitan. Ia meningkatkan aliran air kencing, merawat sembelit dan dapat memperbaiki tahap awal penyakit buah pinggang.

Betik

Foto – Spruce Eat

Buah betik adalah 88% air dan kaya dengan vitamin C. Ia membantu dalam merawat penyakit kulit, ulser dan pedih ulu hati. Untuk mengubati penyakit kulit, buat pes betik dan sapukan ke kawasan yang terkena. Pengambilan betik secara teratur juga dapat memperbaiki gangguan usus.

Amalkan makan buah dan sayuran dengan teratur untuk gaya hidup yang sihat sejahtera.

Selamat Beramal!

Tags: best fruitsbuahbuah yang khasiatbuah-buahanfruitskebaikan buahkhasiat buahmakan buahmanfaat makan buah
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - FB Cik Melur
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

by IamLisa
December 31, 2021
0

Terliurnya tengok himpunan ikan bakar. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman, air asam atau kicap, wow makin naik selera....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

by Opie Azizlan
December 30, 2021
0

Kehidupan sebagai keluarga diraja taklah seperti apa yang kita bayangkan kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Daripada cara berpakaian,...

Baca Lagi
Foto - Cleveland Health Clinic
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

by IamLisa
December 28, 2021
0

"Ratah tomato begitu saja, tapi tiba-tiba naik ruam merah gatal di pipi." Siapa pernah kena situasi macam ini? Untuk pengetahuan...

Baca Lagi
Foto - The Malaysian Reserve
Makanan

Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!

by IamLisa
December 27, 2021
0

foodpanda sediakan pelbagai tawaran menarik sambutan akhir tahun yang pasti membawa kegembiraan dan keseronokan pada anda semua. "Kami begitu teruja...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.