Warna memainkan peranan penting dalam hidup kita. Oleh itu, pemilihan warna cat dalam rumah sangat mempengaruhi mood, perasaan dan emosi kita.
Jadi, sebelum cat rumah, lagi-lagi kamar tidur, buat research pilihan warna yang sesuai kerana di sinilah tempat anda akan menghabiskan banyak masa ketika berada di rumah.
Warna yang anda pilih tidak hanya berdasarkan selera anda, tapi juga keberkesanannya mendorong anda untuk berehat. Warna mana yang memberi ketenangan, yang memberi mood gembira, yang panas dan macam-macam lagi.
Dusty Blue
Warna ini memberi perasaan yang sangat menenangkan. Seolah-olah anda berada di bawah lanjut malam yang tenang.
- Foto – Arkib Wanista
Terdapat satu sel yang dinamakan sel ganglion, yang merupakan ‘reseptor khusus di retina mata,’ sensitif terhadap warna biru. Apabila melihat warna biru, ia memberi isyarat ketenangan dan keselamatan, membuatkan badan anda rasa cukup relaks sehingga tertidur.
Olive, Dusty Green
- Foto – Arkib Wanista
Warna hijau menunjukkan sifat paling menenangkan bagi mata manusia. Ia juga memberikan suasana bilik ayang lebih sejuk, bersih serta lebih senyap.
Blush Pink
- Foto – Arkib Wanista
Merah jambu sering dikaitkan dengan keselamatan, kelembutan dan romantik. Warna blush pink jadi pilihan golongan milenial sekarang kerana membangkitkan mood yang lembut dan relaks, serta menaikkan seri deko.
Pale Beige
- Foto – Arkib Wanista
Mungkin pilihan ini agak biasa dan kelihatan membosankan. Tapi dengan tekstur yang tepat, pale beige dapat memberikan suasana bilik yang hangat dan nyaman serta memberikan anda yang berkualiti.
Soft Gray
- Foto – Arkib Wanista
Kelabu mungkin mengingatkan anda pada cuaca sejuk atau mendung. Warna ini sangat fleksibel, dapat menampung segala jenis hiasan, sambil memberi terapi setiap kali anda ingin beristirehat.
Penulis berkenan betul dengan warna dusty green dan pale beige. Rumah rasa relaks dan sejuk je.
Selamat Beramal!