Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Perempuan Dulu-Dulu Pakai Pad Jenis Kain, Ini Yang Bagus Tentangnya

by Lisa AG
September 11, 2020
166
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sebelum lahirnya pad pakai buang, wanita dahulu kala menggunakan pad jenis kain. Tahukah pad kain lebih bersih dan selesa, berbanding dengan yang pakai buang?

Pad kain adalah mesra alam, boleh diguna semula selama bertahun-tahun, menjimatkan kos, serta mempunyai manfaat kesihatan. Pad kain terdiri daripada lapisan fabrik menyerap (seperti kapas, organik dan juga sintetik) yang berfungsi untuk menyerap aliran darah semasa haid.

Tidak Bocor Dan Berbau

Darah kita sememangnya steril dan bersih dari saat ia keluar dari faraj. Ia berbau darah yang normal, sama seperti darah yang keluar dari mana-mana bahagian badan yang lain. Tapi darah boleh berubah berbau kurang menyenangkan apabila terdedah pada udara pada waktu yang lama.

Foto – Cari

Dalam korteks ini, bau yang busuk sebenarnya adalah kesan dari tindak balas antara darah dan bahan kimia di dalam pad pakai buang, bukanlah dari bau darah itu sendiri.

Lagi Bersih

Secara teknikalnya, pad kain adalah jauh lebih bersih daripada pakai buang kerana darah hilang sepenuhnya semasa basuh. Sama seperti seluar dalam dan pakaian lain. Jadi ia boleh digunakan semula untuk bertahun tanpa risiko jangkitan.

Tidak Merengsakan Kulit

Lapisan kain dibuat daripada fabrik lembut dan membolehkan kulit sekitar faraj untuk bernafas disebabkan oleh aliran udara yang baik.

IKLAN

Ini bermakna kawasan faraj akan menjadi kurang berpeluh, berlakunya kerengsaan dan gangguan ketika anda memakai tuala wanita material kain yang boleh digunakan semula ini.

Foto – Reviews

Malah ada yang mengatakan bahawa setelah mereka bertukar kepada material kain, kekejangan haid dan PMS turut menurun secara mendadak. Selain itu, disebabkan peningkatan aliran udara, kemungkinan untuk mendapat jangkitan yis semakin berkurangan.

Cara memakai pad kain sama sahaja seperti pad biasa, yang lebar dihujung. Permukaan yang lembut (kosong/polos) hendaklah sentiasa menyentuh bahagian peribadi anda.

Cara Cuci Pad Jenis Kain

Sebenarnya kedua jenis pad punya kelebihan dan keburukan. Pad jenis kain mungkin agak cerewet cara pembersihannya. Di mana anda perlu lebih teliti berbanding pad pakai buang.

RUJUKAN : 1, 2

Tags: cara basuh pad kaincara pakai pad kainjenis padpad jenis kainpad kainpakai pad jenis kainperempuan dulu-dulusanitary padstail pad jenis kain
Share66SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Setakat Ini Yang DIVA Suka Dari Hamparan Fesyen Tory Burch 2022
Fesyen

Setakat Ini Yang DIVA Suka Dari Hamparan Fesyen Tory Burch 2022

August 13, 2022
Cara Betul Pakai Sleeping Mask, Baru Tak Mudah Naik Jerawat
Kecantikan

Cara Betul Pakai Sleeping Mask, Baru Tak Mudah Naik Jerawat

August 13, 2022
Hermes & Baju Kurung – Gandingan Tak Jemu Che’ Puan Besar Khaleeda Yang Mempesona…
Fesyen

Hermes & Baju Kurung – Gandingan Tak Jemu Che’ Puan Besar Khaleeda Yang Mempesona…

August 13, 2022
Kisah Di Sebalik Baju Turtleneck Hitam Steve Jobs Rekaan Mendiang Issey Miyake
Fesyen

Kisah Di Sebalik Baju Turtleneck Hitam Steve Jobs Rekaan Mendiang Issey Miyake

August 12, 2022
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  5. 5

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.