Sebuah jenama kecantikan terkenal di Jepun, Shiseido telah melantik Hunter Schafer sebagai duta jenama globalnya. Pelantikan ini bertujuan untuk memperluaskan daya tarikan Shiseido kepada generasi muda.
Schafer yang terkenal sebagai watak Jules Vaughn iaitu seorang remaja transgender dalam drama Euphoria untuk HBO Amerika, turut dinobatkan sebagai finalis pertandingan National Young Arts Foundation (2017).
Turut dikenali sebagai seorang model, Schafer turut memperagakan beberapa jenama seperti Marc Jacobs, Dior, Miu Miu, Rick Owen dan beberapa lagi.
Digambarkan sebagai “multifaceted Generation Z” yang memberi inspirasi, melampaui batas dan perubahan dengan meraikan keperibadian seseorang dari dalam dan luar.
“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan seseorang yang kreatif, ekspresif dan asli seperti Hunter”, ujar James Boehmer, Pengarah Artistik Global untuk Shiseido Makeup.
“Dia benar-benar mewakili zeitgeist, iaitu kecantikan yang tiada batasan, sekatan dan peraturan”, ujarnya. Seperti Shiseido, ia adalah moden dan abadi iaitu menggalakkan pengguna untuk melakar cerita mereka menggunakan produknya.
Menerima tawaran tersebut, Schafer sangat gembira, “Ketika saya melihat Shiseido, ia mempunyai tenaga artistik yang sangat unik. Shiseido tidak menjadikan seseorang itu kelihatan biasa tetapi ia juga mempunyai standard kecantikkan tertentu”.
Yoshiaki Okabe, Ketua Pegawai Shiseido menyatakan pelantikan Schafer bertujuan untuk memperkasakan pelanggan dengan meningkatkan standard kecantikan ke tahap lebih tinggi.
“Tiada calon yang sesuai untuk mewujudkan konsep ini lebih baik daripada Hunter Schafer”, ujarnya.