Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Patutkah Potong Rambut Pendek, Kalau Ada Ekzema Di Leher

by Mas Idayu
August 26, 2020
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

58
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Rasa gatal, pedih, kulit rasa bersisik, kering, mengelupas, kulit jadi kemerahan dan gelap seperti lebam, merupakan ciri-ciri individu yang mengalami penyakit ekzema. Tambah teruk lagi, jika penyakit muncul di bahagian leher kerana ia sukar untuk diubati dan perlu pemantauan sepanjang masa.

Kenapa pula ekzema di leher lebih sukar diubati dan memerlukan pemantauan?

Untuk makluman semua antara bahagian anggota tubuh yang boleh terjadi penyakit ekzama, leher antara bahagian yang sukar untuk diubati kerana sering diganggu oleh rambut.

Nak tahu bagaimana rambut boleh berkaitan dengan ekzema yang wujud di leher, ikuti kupasannya di bawah.

Rambut Berbisa

Rambut yang panjang boleh menyebabkan rasa kegatalan pada ekzema di leher menjadi kuat, lalu membuatkan diri tidak berhenti menggaru kawasan ekzema di leher berkenaan.

Foto – Arkib Wanista

Menyebabkan Peluh Berkumpul Di Leher

Selain itu, memiliki rambut yang panjang juga menyebabkan peluh mudah terhasil di leher, lalu menjadikan kulit rasa lebih iritasi dan membuatkan diri tidak boleh menahan dari menggaru leher.

Foto – Better Health Channel

Iritasi Dan Gatal-Gatal Mudah Berlaku

Apabila rambut selalu ‘berlanggar’ dengan ekzema yang terdapat di leher, secara tidak langsung ia menjadi trigger pada kulit dan menyebabkan berlakunya iritasi dan rasa gatal-gatal yang teruk.

Foto – Insider

Mengganggu Penyapuan Ubat Krim

Memiliki rambut panjang mengganggu penyapuan ubat krim ekzema di leher, kerana lambakan anak-anak rambut yang panjang di sekitar kawasan ekzema tersebut.

IKLAN

Foto – Freepik

Potong Rambut Memudahkan Urusan Rawatan

Pastinya wanita yang mempunyai masalah ekzema di leher berasa sayang untuk memotong rambut hingga menjadi pendek, setelah bertahun-tahun menjaga rambut.

Tapi apakan daya, dengan memotong rambut menjadi pendek ia secara tidak langsung memudahkan urusan kamu untuk memantau keadaan ekzema di leher dan juga menyapu ubat.

Foto – Arkib Wanista

Peringatan!

Selain rambut, pastikan kamu juga menjaga diri dengan menjauhi alahan seperti makan makanan laut, daging, ayam, telur, makanan dan minuman manis, hama, habuk, mendekati haiwan berbulu, debu bunga, produk kimia tinggi hingga menyebabkan kulit kering dan iritasi.

Foto – The Conversation

Jika kamu mengalami masalah ekzema di leher, seelok-eloknya potong rambut supaya mudah untuk kamu lihat perkembangan ekzema tersebut.

Dan dalam masa yang sama juga memudahkan kamu menyapu krim, serta mengelak pembentukkan peluh di bahagian leher.

Selamat beramal!

Rujukan: 1, 2, 3,

Tags: Cara Tangani Ekzema Di LeherEkzemaEkzema Di LeherKenapa Kena Potong Rambut Kalau Ada Ekzema Di LeherKulit Gatal-GatalLeher Ada EkzemaMasalah Ekzemapotong rambutPotong Rambut Tangani EkzemaRambut Buat Ekzema Lagi Pedih
Share23SendShare

Artikel Berkaitan

#DIVAKongsi 5 Kedai Buku Jadi Hot Spot Wajib Untuk OOTD Instagram!
Gaya Hidup

#DIVAKongsi 5 Kedai Buku Jadi Hot Spot Wajib Untuk OOTD Instagram!

by Iza B
August 7, 2022
0

Tak sah kalau tak bergambar jika pergi kemana-mana pun. Lagi pula sekarang, kita hidup dalam dunia serba serbi kena beritahu...

Baca Lagi
Lipstick Bestseller Dari Gucci Beauty, Buat Solekan Malar Segar Lebih Anggun!
Kecantikan

Lipstick Bestseller Dari Gucci Beauty, Buat Solekan Malar Segar Lebih Anggun!

by Iza B
August 7, 2022
0

Lipstick sekurang-kurangnya pasti ada pada setiap wanita. Ia item penting yang mampu menyerlahkan seri si pemakai. Jika anda sukakan solekan...

Baca Lagi
Kaki Selesa & Bergaya Dengan Sandal Pilihan DIVA Untuk Musim Panas Ini
Fesyen

Kaki Selesa & Bergaya Dengan Sandal Pilihan DIVA Untuk Musim Panas Ini

by Iza B
August 7, 2022
0

Cuaca panas buat kita lebih selesa memakai outfit yang ringan dan serba ringkas. Malah, fesyen musim panas juga antara yang...

Baca Lagi
Digelar ‘Janda Menawan’, Apa Yang Baru Tentang Song Hye-kyo?
Selebriti

Digelar ‘Janda Menawan’, Apa Yang Baru Tentang Song Hye-kyo?

by Iza B
August 6, 2022
0

Terkejut DIVA bila mengira umur aktress terkemuka Korea Selatan ini yang kiranya sudah menginjak angka 41! Sejak khabar penceraiannya bersama...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.